Header Ads

5 Sebab Mengapa Perempuan Mengalirkan Air Mata




Ramai lelaki mengeluh tentang sikap wanita yang sukar difahami dan sukar dijangka. Ada waktunya begitu gembira tapi sekejap kemudian wajah bermuram durja. Ketika ditanya pasangan mendiamkan diri hingga membuatkan lelaki yang bergelar suami rasa keliru. Tak kurang juga yang tiba-tiba saja merajuk tanpa diketahui sebab mahupun punca. Sewaktu bersua di pagi hari, kelakuannya seperti biasa, tapi pulang dari bekerja dan bertemu di rumah sikapnya cukup berbeza. Wajah masam mencuka tanpa sepatah pun kata-kata. Puas dipujuk tapi tak juga berhasil.

Namun yang paling membuatkan suami berasa ralat bila tiba-tiba melihat pasanganya mengalirkan air mata. Bukan sekali dua tapi selalu berlaku. Bergaduh tidak, tersalah kata tidak, dimarahi pun tidak jadi mengapa wanita mudah menangis tanpa punca?

Selalunya pada fahaman kaum lelaki apa yang berlaku pada pasangan mereka ini memang sudah menjadi sifat azali wanita. Perasaan mahupun mood mereka boleh tiba-tiba bergejolak, turun naik bila-bila masa saja. Tapi hakikat sebenarnya wanita pastinya tidak akan mengalirkan air mata begitu mudah tanpa alasan yang jelas. Wanita juga tidak mahu kelihatan bersikap keanak-anakan di hadapan pasangan mereka. Tiap kali mengalirkan air mata pastinya ada sebab. Oleh itu lelaki yang bergelar suami harus mengetahui punca ini agar boleh memahami hati dan perasaan isteri mereka.

1. FAKTOR HORMON.
Memasuki waktu pra menstruasi wanita cenderung sering bersikap lain daripada kebiasaannya. Antaranya seperti sering marah-marah, sukar mengawal emosi dan sangat sensitif dengan hal-hal yang bersangkutan dengan hati dan perasaan.

2. INGIN MEMANIPULASI KEADAAN.
Rasa bersalah atau malu sering kali diunkapkan oleh wanita dengan menangis, perkara ini dilakukan semata-mata untuk menarik rasa simpati dan usaha untuk menutupi kesalahan dari pasangan agar tidak marah atau kecewa dengan sikapnya.
Sememangnya sikap ini tidak langsung mencerminkan kedewasaan atau kematangan di hadapan pasangannya namun bagi sebahagiaan wanita mereka menganggap ia cukup berkesan untuk mendapatkan kemaafan atau sekadar bermanja-manja dengan pasangannya.

3. PERASAAN EMOSI.
Jika wanita didapati pasangan mengalirkan air mata bukan kerana faktor hormon atau manipulasi, barangkali faktor emosi yang menjadikan wanita bertindak seperti itu. Banyak faktor yang menyebabkan wanita merasa emosi seperti kekecewaan, sakit hati, kesedihan atau masalah lainya yang melibatkan perasaan. Ketika emosi wanita sedang memuncak dan tidak bertemu tempat untuk mencurahkan isi hatinya, kebiasaannya menangis menjadi jalan penyelesaian yang dipilih untuk melepaskan rasa sesak pada perasaannya.

4. AMARAH.
Ada berbagai cara wanita berhadapan dengan rasa marah, ada yang menjerit, membebel tanpa henti, bersikap kasar, berdiam diri dan boleh jadi juga hanya mampu menangis. Tangisan ini kadang-kadang membuat orang disekelilingnya terutama pasangan turut terkena tempiasnya.
Jika sudah dalam situasi sedemikian, biasanya wanita ingin sekali diberi perhatianm didampingi dan keluhannya didengari oleh suami, teman dan juga ibu bapa mereka. Melalui cara itu ia mampu meredakan rasa amarahnya kerana wanita akan berasa kuat dari orang sekeliling yang mampu memahami situasi yang dihadapinya.

5. TERKENANGKAN SESUATU.
Teringat kenangan silam baik sama ada yang menggembirakan atau menyedihkan tentu pernah dialami setiap orang. Sudah tentu reaksinya juga akan berbeza-beza jika mengingat kenangan tersebut.
Khususnya bagi kamu Hawa, jika teringat kenangan manis, biasanya dia akan tersenyum sambil cuba kembali ke masa itu. Akan tetapi jika keringan perkara yang menyedihkan sikapnya boleh berubah secara tidak dijangka. Boleh jadi marah atau sedih bergantung kepada situasi dirinya ketika itu.



No comments

Note: only a member of this blog may post a comment.

Powered by Blogger.