Header Ads

Bawaklah Pelamin Sekali – Baju Melayu Bakal Dipakai Faiz Subri Di Anugerah FIFA Dikecam Netizen




Seperti yang sedia maklum, jaringan pemain Pulau Pinang, Faiz Subri pernah menjadi tumpuan dunia apabila sepakan percumanya melencong dengan unik sebelum menerjah masuk menewaskan penjaga gol Pahang. Jaringan itu telah tersenarai dalam tiga jaringan terbaik dunia untuk seterusnya dipilih menerima Anugerah Puskas Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA). Fuhh memang hebat kan?

Artikel Berkaitan : Atasi Pemain Terbaik Dunia Lionel Messi & Neymar, Faiz Subri Tercalon Dalam Top 3 Gol Terbaik FIFA

Baru baru ini Faiz Subri telah menerima persalinan baju melayu dari Tan Sri Dr. Abdul Latiff Abu Bakar. Khabarnya baju itu bakal dipakai Faiz untuk majlis anugerah Puskas FIFA. Namun rata rata netizen mengecam pakaian itu dan berharap agar Faiz tidak memakainya di majlis itu. Haa dah kenapa?


Faiz Subri dapat persalinan baju Melayu


SEPANG, 7 Jan (Bernama) — Pemain tengah Pulau Pinang Mohd Faiz Subri menerima persalinan lengkap busana tradisional Melayu berserta tanjak Mahkota Alam daripada Armada Melaiu Malaysia, malam ini.

Penyerahan persalinan itu oleh Yang DiPertua AMM Mass Ahmad Kamal kepada Mohd Faiz dilaksanakan seperti adat menghantar pergi utusan pembesar Kerajaan Melayu lama sebagai simbol tanda doa seluruh rakyat Malaysia.

Selain itu, ia juga sebagai sokongan semangat terhadap kesungguhan Mohd Faiz memakai busana tradisional Melayu di persada antarabangsa yang disifatkan sebagai orang muda yang bersemangat jati diri tinggi

Sumbangan pakaian itu dianggarkan bernilai RM3,000 itu juga merupakan pengiktirafan terhadap kesungguhan Mohd. Faiz untuk mengenakan busana tradisional Melayu itu di pentas antarabangsa yang disifatkan sebagai semangat jati diri tinggi yang dimiliki generasi muda.

Biarpun arahan dan penetapan pakaian sudah diberikan dan saya berharap akan dapat memakainya ketika menerima anugerah itu nanti dan itulah impian saya. Saya juga amat berterima kasih kepada semua peminat bola sepak yang telah mengundi dan memberi sokongan moral untuk berjaya dipilih sehingga menjadi tiga calon akhir untuk anugerah itu.

Menurut Faiz, dia mengharapkan dia dapat memakai busana itu ke majlis penerimaan anugerah itu walaupun sudah diberi penetapan pakaian.

Pakaian ‘too much’






No comments

Note: only a member of this blog may post a comment.

Powered by Blogger.