Header Ads

‘Bila Kau Rasa Nak Kahwin, Kau Kahwin Je. Jangan Tangguh Benda Yang Baik’





“Orang Muda Gatal Nak Kahwin”

Ini antara salah satu tajuk permintaan oleh para pembaca. Jangan salah paham, aku hanya menyuarakan pendapat yang mungkin berbeza, mungkin disetujui oleh orang lain dan mungkin juga tidak.

Sebab Eleena pun boleh dikatakan kahwin diusia muda masa umur 23 tahun. Baru habis belajar dan bekerja di Maybank tak sampai setahun, aku terus ajak kahwin lepas kenal lebih kurang 2-3 bulan. Dah tu, aku tengok tiang lampu pun macam muka Eleena, mau nya tak ajak kahwin terus.

Masa first time aku jumpa mama (mak mertua aku), dia cakap terang terang yang Eleena ni baru je kerja, tak sempat nak simpan duit untuk kahwin lagi. Tambahan Eleena pun masih muda, sudi ke terima kelemahan anak dia yang mungkin tak sempurna untuk jalankan tanggungjawab sebagai isteri nanti.



Aku terima segala baik buruk bakal isteri aku masa tu dan aku tak harapkan apa apa terutama dari segi perbelanjaan untuk majlis. Aku lelaki, aku lah tanggung. Kalau tak ada duit, sibuk nak buat majlis buat apa, betul tak? Kalau majlis kahwin pun tak mampu buat even yang simple ataupun cuma majlis nikah, macam mana aku nak tanggung anak orang?

Disebabkan aku ni jenis yang banyak awek dulu, tak pernah serious pun bercinta dan sibuk cari duit. Enjoy jelah reti, yang lain mana reti, lagi lagi nak bimbing isteri dan anak anak. So ramai jugak yang tak percaya aku nak kahwin. Terutama family aku.

Kau bayang, Aku nampak budak bising dan berlari lari kalau kat kedai makan pun aku rasa nak bentes kasi jatuh. Baru kau reti nak senyap. Lari sana lari sini, memekak je. Mana taknya, tak rasa lagi ada anak macam mana. Sekarang, bila ada isteri ada anak, baru tahu macam mana mencabarnya nak handle.

Bila kau rasa nak kahwin, kau kahwin je. Jangan tangguh tangguh benda yang baik. Tapi 1 benda yang aku nak pesan. Bila kau nak melangkah ke alam perkahwinan, dah ready ke mental dan fizikal kau? Ini bukan macam bercinta, bukan zaman couple yang kau boleh putus sesukahati yang kau nak.

Ini pilihan kau seumur hidup tau, kawan sebaya kau semuanya tengah sibuk cari duit, sibuk sambung belajar untuk ubah masa depan, untuk bantu keluarga yang susah. Kau pulak sibuk gatal merenyam nak kahwin tapi duit tak ada. Jangan hanya fikirkan keseronokkan dan pentingkan diri sendiri.

Minimum 3 set persalinan untuk isteri setiap tahun. Pejam celik pejam celik dah setahun tau, bra dan spender isteri pun kau buat derk je. Belum cerita beza nafkah dan keperluan isteri. Susu pampers anak bukan sikit duit. Nak beli rokok pun jadi teragak agak, inikan pulak nak pergi spend kat rumah urut.

Perkahwinan bukan hanya untuk elak dari buat maksiat. itu bukan syarat sah perkahwinan. Kalau nafsu pun kau tak boleh jaga, macam mana nak jaga keluarga nanti? Orang lelaki ni, belum dapat memang pujuk rayu bagai. Dah dapat kang, perasaan tu boleh kekal ke? Sebab tu kena tahu muhasabah diri, apa tujuan sebenar kau nak kahwin?

Ingat, majoriti yang bercerai adalah pasangan muda sebab kewangan yang tak kukuh. Sebelum bercerai, pasti ada pergaduhan sampai pukul, seksa anak isteri. Orang muda, kerja nak panas hati je memanjang. Tak fikir panjang, tak ingat taklik pernikahan.

Masa lepas berkahwin, lebih kurang je rasa macam bercinta tapi lepas ada anak, baru kau tahu langit tinggi ke rendah. Hidup kau akan bertukar 100% terutamanya dari segi masa dan cara hidup. Nak keluar malam dah berat sebab fikirkan anak isteri kat rumah. Nak buat benda yang bukan bukan pun asik terbayang muka dia orang.

Bagi aku, biarlah kau lambat berkahwin asalkan itu adalah perkahwinan yang pertama dan terakhir. Zaman sekarang bukan zaman dulu, kahwin boleh kekal ke akhir hayat even duit tak ada. Bukan macam zaman bercinta, cakap i love you boleh kenyang sampai ke malam. Macam kita orang ni haa anak nak masuk dua, macam macam cabaran yang menanti.

Zaman sekarang zaman persaingan, zaman orang berusaha ubah nasib diri dan keluarga. Berat sebenarnya tanggungjawab sebagai suami atau isteri. Jangan ambik mudah, jangan buat tak tahu. Kita ni bila nak berkahwin, kita nak jumpa balik pasangan kita kat syurga nanti. Aku nak jumpa Eleena kat sana, bukan hanya disini. Dia tiada tandingannya bagi aku.

Cabaran sebenar adalah 5 tahun terawal perkahwinan. Persefahaman, kepercayaan, kejujuran dan kewangan.

Siapa kata duit tak penting? Siapa kata kahwin awal semuanya bahagia? Tapi Allah kata, dijanjikan rezeki untuk isteri dan anak anak tercinta. Pandai pandailah bawa diri bila hidup berkeluarga.

Dah cukup bersedia? Semoga kita semua peroleh kebahagiaan in shaa Allah.


No comments

Note: only a member of this blog may post a comment.

Powered by Blogger.