Header Ads

Bila Mereka Dah Tiada, Baru Kita Sentap, Baru Nak Menyesal




Bila mana anak-anak duduk jauh, mak ayah di kampung makan ala kadar saja sebagai alas perut. Bila anak-anak pulang ke kampung, barulah mereka sibuh mahu pergi ke pasar, mahu beli lauk pauk itu ini sebab mahu jamu anak-anak yang jarang-jarang sekali pulang. Lepas itu, mak sibuk masak masakan kegemaran anak-anak pula. Kadang-kadang buah-buahan dalam kebun pun ayah simpan sebab mahu makan bersama anak-anak. Tapi anak-anak kat kolej, kat universiti tiap minggu masuk pawagam, karaoke, makan McD, makan KFC, makan Pizza Hut, belanja BF/GF. Bila duit tidak mencukupi, telefon mak ayah bukan sebab mahu tanya khabar, tapi minta masukkan duit.



Bila balik kampung, saat menghadap masakan mak, anak-anak selamba saja cakap “dah muak la lauk ni”, “ini je ke?”, “nak sikit je mak, kenyang dah”, “tidak suka la ayam masak merah ni”. Bila dengar anak-anak cakap macam tu, air muka mak kita langsung tidak berubah. Tapi jauh di lubuk hati mak, sakit dia bagai ditikam dengan buluh runcing. Tapi maklah satu-satunya orang atas dunia ni yang boleh menyembunyikan 1001 perasaan tanpa diketahui oleh anak-anak. Ayah pula tunggu nak bercakap dengan anak-anak, tunggu untuk berkumpul ramai-ramai, sebab lama dah tidak dengar suara hilai tawa anak-anak. Tapi anak-anak duduk berkurung dalam bilik, bergayut dengan GF/BF, main game.

Kalau duduk dengan mak ayah pun, mata dan tangan tertumpu ke arah telefon, 24 jam telefon di tangan. Kadang-kadang pertanyaan mak ayah anak-anak jawab acuh tidak acuh. Muka mak ayah pun anak-anak tidak pandang. Mak ayah tidak pernah pun nak marah, sebab anak-anak semua dah besar panjang. Begitu sekali mak ayah cuba jaga hati anak-anak. Kadang2 mak ayah sampai tertidur kat ruang tamu sebab tunggu nak berkumpul nak berbual mesra dengan anak-anak. Tapi anak-anak buat hal masing-masing. Sedangkan balik ke kampung jarang-jarang sekali.

Kadang-kadang, kita jangan cakap yang kawan kita sombong bila kita ajak keluar ramai-ramai dia tidak mahu, mungkin dia ingat dekat mak ayah dia di kampung. Bila dah keluar, mesti kawan-kawan akan ajak tengok movie, makan kat tempat mahal-mahal. Sedangkan, saat tu dia ingat yang mak ayah dia kat kampung makan nasi dengan ikan rebus je.

Kadang-kadang bila kita tengok kawan kita selalu je balik kampung, jangan cakap dia homesick, manja, anak mak. Dia sanggup habiskan duit untuk balik jenguk mak ayah dia sebab dia tau yang mak ayah hanya satu di dunia. Selagi mak ayah dia masih ada, selagi tu lah kalau boleh dia nak jumpa mak ayah dia, nak bercakap, bersemuka, makan bersama mak ayah.

Kadang-kadang tidak semua orang sedar akan semua ni, dan anggap semua perkara macam ni adalah perkara kecil. Tapi pernahkah kita tenung muka mak ayah saat mereka tertidur. Tersimpan 1001 perasaan yang bercampur baur yang tak pernah mereka luahkan kepada kita. Bila mereka dah tiada, baru kita sentap, baru nak menyesal. Tapi sudah jauh, sudah terlambat. Segala memori bersama mereka tidak akan dapat diulang kembali, hanya tersimpan sekadar memori.

Betul lah apa orang cakap, seorang mak boleh jaga 10 orang anak, tapi 10 orang anak belum tentu dapat jaga seorang mak. Apatah lagi untuk jaga kedua-duanya sekali.



No comments

Note: only a member of this blog may post a comment.

Powered by Blogger.