Header Ads

Bila Tahu Dia Suami Orang, Terus Jangan Layan




Renung-renungkanlah sejauh mana kebenaran di sebalik apa yang cuba disampaikan. Moga ia boleh dijadikan panduan pada kita semua, khususnya wanita.

Kau perempuan dia perempuan. Apa yang kau tak paham hati dan perasaan isteri kepada buah hati kau tu? Bila bapak kau kahwin lain, kau punya melenting macam kau yang kena madu. Tapi bila kau buta dek cinta, semua benda kau lupa.



Bila tau dia suami orang, terus jangan layan. Yang kau gatal merenyam pergi melayan tu pasal apa? Lelaki ni sifatnya memang tertarik pada benda yang cantik selagi tak dapat. Sebab dah stabil? Sebab kau nampak dia pandai uruskan rumahtangga dan anak? Kau tak tau isteri dia yang buat semua tu. Hidup hidup kau kena tipu.

Jangan sibuk cari pasal, cari masalah, cari penyakit. Elok elok kau hidup tenang, dah kena kacau kena ugut dengan isteri dia. Baik kau senangkan dulu orang tua kau kat kampung. Cari harta bina hidup supaya kau mampu berdikari sendiri.

Zaman sekarang bukan zaman rebut lelaki, ini zaman orang sibuk nak survive.

Kalau iya pun buah hati kau tu mampu bagi kereta yang sama rumah dan nafkah yang sama nanti, tapi adil ke dia kalau lebihkan kau? Isteri baru, kemainlah dia. Mana nak adil, semua dibagi sama rata tapi isteri pertama 2-3 orang anak, kau tak ada anak lagi atau baru nak masuk satu. Adil ke? Kau dengarlah janji pung pang dia.

Tak salah lelaki nak nikah lagi satu tapi tanya diri sendiri, mampu ke nak mula pakaikan anak baru pampers, cuci berak balik? Solat, sedekah, kebajikan orang tua dan kewangan dah cukup ke? Kalau semua cantik, silakan tak ada masalah tapi bagilah yang anak dara muda ni pada yang bujang, ramai ibu tunggal atau anak dara berumur kat luar sana.

Tapi aku perhati, ramai anak dara yang sanggup mencelah asalkan hidup senang, ditanggung buah hati. Jadi perempuan simpanan pun banyak. Tapi jauh dilubuk hati, ini ke kebahagiaan yang kau cari? Hidup macam ni ke yang kau impikan?

Kekadang isteri dah cukup lawa, cukup jaga makan pakai suami, cuma suami yang tak rasa cukup. Berdoalah untuk kebahagiaan rumahtangga kau. Jangan buat benda yang haram, benda yang bukan bukan. Jangan pandai pandai jatuhkan hukum. Kita ada pegangan, ada undang undang. Jangan nanti menyesal tak sudah.

Tak ada rumah tangga yang tak dibadai ombak dan ribut taufan. Tak ada rumah tangga yang bahagia sentiasa, yang ada cumalah rumah tangga yang mampu meneruskan perjalanan menuju ke destinasi dituju walaupun berbagai ujian yang mendatang. Perkahwinan ni bukan soal kebahagiaan dan kesenangan kau sorang tapi melibatkan isteri, anak anak, keluarga dan mertua.

Perkahwinan mematangkan diri dan cara berfikir tapi bila salah berfikir dan salah buat keputusan, menyesal lah kau tak sudah.



No comments

Note: only a member of this blog may post a comment.

Powered by Blogger.