Header Ads

Bukan Jalang, Baca 5 Fakta Wanita Kenapa Suka Bercinta Dengan Suami Orang




Isu mengenai wanita yang suka bercinta dengan suami orang tidak akan berkesudahan. Jika difikirkan secara waras, kenapa perlu merampas kebahagiaan wanita lain? Belum terkena pada batang hidung sendiri, sudah tentulah tak merasa sakit peritnya kan?

Apa juga teori, sebab musabab mahupun alasan jawapannya tak boleh. Tak payahlah nak kata, bercinta kembali ini sebenarnya suratan dan dah ditentukan oleh Tuhan.

Fakta dan teori yang sering terjadi jika bercinta dengan suami orang :
1) Cari kembali right pathway walaupun terpaksa melalui highway yang panjang. Jangan sesekali kata ‘No way to step back cause this is my way.’ Jika diteruskan berada dalam situasi yang tak terampun dosa akibat menduakan suami atau isteri, berdosa hukumnya.

2) Fikir dulu sebelum kata “out of my way” “I know that is wrong but I don’t care, who care”. Bila nak kena tangkap khalwat, keluarga juga yang malu. Hubungan sulit isteri dan suami orang ini adalah satu pengembaraan cerita yang panjang dan penerokaan yang tiada bernoktah. Antara sebab-sebab berlakunya hubungan sulit adalah kerana hubungan sudah dibina sejak sekian lama. Bermula sejak belum kahwin lagi tapi takdir menentukan jodohnya bukan pada kekasih hatinya.

3) Desakan keluarga, tekanan kerja dan masa serta keadaan hidup telah memisahkan dua hati yang lara. Masing-masing berkahwin dengan pasangan sedia ada. Masa berlalu akhirnya terserempak kembali di pusat membeli belah atau sedang berjalan-jalan di pusat membeli belah.

4) Tiba-tiba muncul orang yang sudah berubah fizikal dan wajah. Senyumannya masih saling tak tumpah dan setelah berbual-bual sekejap. Hubungan berterusan di telefon, Facebook dan face to face. Setelah saling berhubung, akhirnya kasih yang terpisah bertaut kembali.

5) Hubungan rakan sekerja yang telah lama terjalin, akhirnya lama kelamaan, barulah perasan dalam hati ada taman berbunga. Jika tak nampak dia, hati dan minda mula rasa layu dan lesu. Pintu hati pun dibuka untuk teman sekerja yang juga hampir seusia dengan kita. Bila dah semakin terserlah rasa cinta, apa lagi outstation bersama, mesyuarat luar pergi berdua, siapkan projek bersama akhirnya projek lain dibina dan terserkup di kamar hotel.

Bukan senang nak bagi nasihat tentang hubungan sulit, tapi fikirlah membina hubungan sulit akan menyulitkan kehidupan dan menyeksa masa depan.



No comments

Note: only a member of this blog may post a comment.

Powered by Blogger.