Header Ads

Cinta Sejati Tak Sama Dengan Cerita Dongeng




Semua orang suka bercakap tentang cinta. Kita baca tentang cinta, bincang dengan kawan-kawan, dan habiskan masa menonton cerita-cerita cinta. Kita berangan tentang cinta yang hebat, agung, manis, dan penuh dengan pengorbanan.
Jadi bila masa masa anda berkahwin, anda akan jadi kecewa dengan cinta.
Bila berkahwin, anda sedar cinta tak sama macam dalam angan-angan anda. Pasangan anda takkan dapat janjikan anda bulan dan bintang. Bila bercakap pun, sikit sangat ayat-ayat cinta yang diucap.
Walaupun pada hakikatnya, dia sentiasa ambil berat tentang anda. Dia pastikan anda makan adan rehat secukupnya. Dia hiburkan hati anda, pastikan anda selamat, dan usaha pertahankan rumahtangga sampai bila-bila.
Bukankah ini sunnah Nabi Muhamad SAW? Baginda tak habiskan masa pilih pelbagai jenis bunga atau belikan berkotak-kotak kurma untuk isteri-isteri Baginda; tapi, Baginda kesat air mata Safiyyah RA, berlumba dengan Aishah RA, dan elakkan makan madu kerana isteri-isteri Baginda tak sukakan baunya.
Itulah maksud cinta yang sebenarnya.
Jadi kalau anda bakal atau baru berkahwin, berhenti harapkan yang bukan-bukan! Memang angan-angan tentang cinta nampak indah dan sangat romantis, dan ada masanya ia mungkin terjadi, tapi bukan setiap masa:
Harap dia beritahu anda, atau bertindak seolah-olah dia sanggup buat apa saja untuk anda, atau sanggup berkorban nyawa untuk anda.
Dalam hidup, realitinya langsung tak sama. Ada masa bila anda akan rasa cukup bahagia hingga anda percaya yang dia sanggup harungi semuanya bersama, tapi aka nada juga masa bila dia penat atau tiada mood untuk buat apa-apa pun. Bila masa itu datang, jangan terlalu kecewa dan tuduh dia tak sayangkan anda.
Mestilah dia sayang, cuma dia juga manusia yang ada perasaan sendiri; tak boleh nak ikut rentak anda setiap masa.
Harap dia sentiasa “menggilai” anda 24 jam
Anda adalah pasangan hidupnya, bukan sekadar seseorang yang dia minati. Anda berdua dah pun berkahwin, jadi dia tak anda selalu ikut anda kemana-mana, cuba buat anda jatuh cinta padanya.
Kita semua suka rasa istimewa dan dimahukan. Tapi kalau dia tak sentiasa berusaha untuk menawan hati anda, ianya adalah sebab anda berdua dah halal, jadi tak ada lagi syaitan yang sentiasa membisik untuk anda goda satu sama lain. Bila anda dah kahwin, syaitan akan berusaha pula untuk rosakkan hubungan anda suami isteri, jadi hati-hati.
Harapkan yang kecantikan anda seorang saja akan menarik perhatian dia
Kalau dalam mana-mana drama, pasti ada babak di mana watak perempuan akan bersiap cantik-cantik, dan watak lelaki pula akan terkisma sambil memandang, kan?
Cantik dan rapikan diri untuk pasangan anda, tapi jangan jadikan ianya satu-satunya fokus anda. Dan jangan harap si dia akan puji setiap kali anda bersiap. Dia juga ada banyak tanggungjawab lain yang perlu difikirkan, jadi kadang-kadang dia betul-betul tak perasan.
Lagipun, bila sampai satu masa, sikap anda akan lebih menarik perhatian dia dari penampilan fizikal anda.
Harap dia sentiasa mahu luangkan masa dengan anda
Ramai pasangan yang akan bergaduh banyak kali tentang masa. Walaupun anda berdua dah berjanji akan sehidup semati bersama, tak bermaksud dia mahu luangkan setiap saat dengan anda.
Dia pun ada tanggungjawab lain selain anda. Dan ada masanya, dia pun perlukan masa sendiri untuk tenangkan diri. Sebagai suami isteri, anda kena fahami perasaannya ini.
Sumber gambar: Danial Haikal Photography


No comments

Note: only a member of this blog may post a comment.

Powered by Blogger.