Header Ads

Fattah mahu dipanggil ayah dan Neelofa mahu digelar mom bila ada anak




Tempoh hari semasa berlangsungnya sesi ‘Meet & Greet #NONAXLOFATTAH’ bertempat di Kompleks Kumpulan Media Karangkraf, banyak soalan-soalan yang telah diajukan kepada Neelofa dan Fattah daripada peminat mereka.
Antara soalan yang sangat mencuit hati adalah apabila salah seorang daripada peminat telah mengajukan soalan, jika satu hari nanti Fattah sudah menjadi bapa, apakah panggilan yang Fattah inginkan? Dan soalan yang sama juga ditujukan kepada Neelofa tentang panggilan yang dia mahukan jika sudah mempunyai anak.
Jawapan daripada Fattah Amin adalah dia mahu dipanggil dengan panggilan ‘Ayah’ oleh anaknya nanti dan jawapan daripada Neelofa pula dia mahukan panggilan ‘Mom’.
Tidak kira apa sahaja panggilan yang mereka mahukan ayah, abah, papa, daddy atau pun mom, ibu, mak, mummy, maksudnya sama sahaja. Semoga Fattah Amin dan Neelofa bahagia bersama pasangan masing-masing serta anak-anak mereka kelak.
Tapi andai kata jodoh mereka berdua kita doakan yang baik-baik sahaja untuk mereka dan bahagia bersama keluarga tercinta.


No comments

Note: only a member of this blog may post a comment.

Powered by Blogger.