Header Ads

Jangan Terlalu Mudah Percaya Pada Janji Manis Lelaki





“Saya dah buat solat istikharah, dan saya yakin awak jodoh saya. Jadi selagi awak tak kahwin dengan orang lain saya tetap akan tunggu awak”
Bunyi macam ayat dari novel cinta, tapi hakikatnya masih ramai perempuan yang cepat cair bila dengar ayat-ayat sebegini dan mereka pun terus tertarik ke tangan lelaki-lelaki bermulut manis.
Lelaki-lelaki sebegini pandai, sangat manipulatif dan ada kalanya berbahaya. Mereka ada kebolehan untuk dapatkan apa yang mereka mahu dari orang lain tanpa lakukan apa-apa usaha.
Bila dah dapat perhatian dari anda, mereka akan segera memanipulasi fikiran anda untuk buat diri mereka nampak sempurna di mata anda, dan tak ada orang lain sebaik mereka.
Mula-mula mungkin hubungan anda akan nampak indah. Dia suka belikan bunga, hadiah, layan anda dengan penuh kasih sayang, mungkin juga ikat anda dengan perkahwinan dan anak hasil dari perkahwinan tersebut, sampai anda rasa anda tak boleh bayangkan hidup tanpa dia.
Mereka sebenarnya hanya ada satu tujuan – untuk dapatkan apa yang mereka mahukan. Mungkin duit, pangkat, status, kawan-kawan atau hanya nak gunakan anda. Bila dah dapat apa yang mereka mahu, barulah nampak diri mereka yang sebenar. Ada yang sampai sanggup tinggalkan ada berbulan-bulan atau bertahun-tahun, digantung tak bertali.
Perempuan yang jadi mangsa selalunya adalah perempuan yang berhati lembut dan cepat cair. Mungkin mereka pernah berada di situasi yang membolehkan lelaki itu nampak kelemahan mereka. Dan selalunya, perempuan yang rasa terdesak untuk berkahwin akan lebih senang percaya pada kata-kata manis ini, jadi mereka silap percaturan dan jatuh cinta pada orang yang salah.
Secara semulajadi, wanita memang lemah emosinya. Memang fitrah orang perempuan, dan inilah salah satu sebab kenapa Islam mewajibkan penglibatan wali dalam pernikahan seseorang perempuan.
Jadi kalau anda perempuan yang masih berstatus “single”, jangan mudah percaya pada janji manis lelaki. Memang masih ramai lelaki baik dalam dunia ini, tapi jangan cair dan hanyut dengan angan-angan sendiri.
Apa yang di luaran selalunya tak sama dengan yang di dalam, jadi hati-hati. Sebelum benarkan sesiapa masuk ke dalam hati, siasat dulu latar belakang dan sejarah hidupnya betul-betul. Kalau boleh, libatkan sekali orang yang anda percayai.
Memang nampak remeh dan seolah-olah tak percayakan dia dari awal lagi tapi lebih baik berjaga di peringkat awal dari menyesal di kemudian hari.


No comments

Note: only a member of this blog may post a comment.

Powered by Blogger.