Header Ads

Kahwin Bukan Sekadar Puaskan Nafsu; Ini Tujuan Sebenar Perkahwinan Yang Anda Perlu Tahu




Kita kini hidup dalam masyarakat yang kadang-kadang boleh buat kita tertanya-tanya tentang tujuan perkahwinan yang sebenarnya. Kita nampak ramai pasangan yang memilih untuk tak berkahwin dan hidup dengan cara yang tersendiri. Kita lupa apa tujuan sebenar perkahwinan dan kenapa ianya masih relevan pada hari ini.



1. Menyambung zuriat
Menyambung zuriat adalah salah satu fitrah dan tujuan penting untuk perkahwinan dalam Islam. Sabda Nabi Muhamad SAW;

“Nikahilah perempuan yang penyayang dan dapat mempunyai anak banyak kerana sesungguhnya aku akan berbangga dengan sebab banyaknya kamu di hadapan para Nabi nanti pada hari Kiamat” (HR Ahmad)

2. Mengawal nafsu
Kita semua manusia biasa yang ada perasaan masing-masing. Jadi tak perlu malu untuk terima bahawa tarikan fizikal juga merupakan salah satu tujuan perkahwinan. Ini adalah cara yang halal dan digalakkan untuk mengawal nafsu. Inilah sebabnya sebelum kahwin, anda mesti tengok dulu calon pasangan anda dan pastikan anda tertarik kepada orang yang bakal menjadi teman hidup anda.

Kalau keinginan fizikal ini tidak dikawal dengan baik, ia boleh membawa kepada kehancuran masyarakat. Anda sendiri boleh lihat bagaimana zina dan berbagai hubungan songsang yang semakin berleluasa disebabkan oleh kurangnya orang yang memilih untuk berkahwin.Asas sebuah masyarakat

Perkahwinan membentuk asas sebuah keluarga dalam Islam dan keluarga yang banyak pula membentuk komuniti. Dalam mana-mana masyarakat, bila hubungan kekeluargaan hancur, maka masyarakat itu juga akan runtuh. Oleh itu, Islam meletakkan penekanan yang tinggi pasa asas perkahwinan yang kukuh dan keluarga untuk mengukuhkan moral sesebuah masyarakat.

3. Teman hidup
Salah satu perkara paling indah yang dapat dialami dalam sebuah perkahwinan bukanlah hubungan seksual tetapi ikatan yang terjalin dengan teman hidup anda. Anda akan berkongsi perkara-perkara yang penting dan dekat dengan teman hidup anda. Inilah kemanisan sebenar sebuah perkahwinan; bila anda boleh berkongsi suka duka, cita-cita, perasaan, cinta, dan hidup bersama.

4. Hubungan kekeluargaan
Bila dua orang manusia berkahwin, mereka juga akan membina ikatan antara dua keluarga dan membina satu keluarga yang besar. Hargailah hubungan ini. Hubungan dengan keluarga boleh jadi baik atau sebaliknya, tapi terpulang pada anda. Mungkin tak mudah nak bina hubungan baru dengan keluarga baru, tapi tak semua orang bertuah seperti anda.



No comments

Note: only a member of this blog may post a comment.

Powered by Blogger.