Header Ads

Kahwin: Mereka Sudah, Kau Bila Lagi?




Aku sebenarnya tak pernah terlintas nak cerita apa-apa pasal ni sebab selalunya aku pendam sendiri. Cuma 2 3 hari ni, hati aku nak sangat share kat sini. Mungkin lepas aku cerita, aku rasa lega.

Aku perempuan, umur 26 tahun. InsyaAllah tahun depan 27 tahun (lagi 3 tahun nak 30). Kerja aku alhamdulillah, cukup nak sara diri dan keluarga. Nak kata rupa, alhamdulillah apa yang Allah bagi ni insyaAllah terbaik. Tapi aku ada masalah yang membelenggu aku.



Masalahnya, aku tak kawin-kawin. Jujurnya, aku dah 2 3 kali nak kawin tapi tak jadi. Bukan punca dari aku. Tapi setiap kali nak sampai tarikh, Allah tunjukkan aku satu persatu perangai dia. Kaki kikis duit perempuan, ambil kesempatan atas aku. Ada lah juga aku rasa patah semangat tapi aku bangun semula.

Saudara mara biasalah, sibuk bertanya. Ada yang kata aku bermasalah. Entahlah, aku dah habis letak pengharapan aku pada yang Esa. Cuma mungkin belum rezeki aku.

Aku kadang-kadang rasa sedih, kawan-kawan semuanya dah berkahwin, ada anak 2 3 orang. Aku? Masih tak tahu mana arah. Disebabkan aku rasa rendah diri, aku banyak bagi alasan untuk tidak hadir ke majlis perkahwinan kawan-kawan aku. Bukan tak nak tapi aku akan rasa rendah diri bila lepak ramai-ramai, kawan-kawan downgrade aku, “Eh kau ni, orang lain semua dah kahwin. Kau bila lagi? Nak kata tak cantik, cantik. Apa yang nak memilih sangat?”

Benda-benda ni buat aku betul-betul kecil hati. End up, aku tak lagi join borak bila kawan-kawan mula sembang hal kawin, hal anak. Aku banyak diamkan diri. Bila orang tanya, aku sibukkan diri. In fact, aku boleh dikatakan kerja setiap masa semata-mata untuk lenyapkan perasaan ‘sunyi’ dan perasaan nak ada keluarga sendiri. Tapi siapa kita nak nafikan perasaan yang Allah bagi?

Aku sebenarnya tak putus asa, jadi aku minta keluarga carikan jodoh tapi dorang tak nak. Katanya, kalau apa-apa jadi atau aku tak suka, dorang tak nak dipersalahkan di kemudian hari. Haih. Tak apalah.

Sekarang ni, aku kenal dengan seseorang tapi sekali lagi, dia sendiri tak pasti. Dia nak kawin dengan aku tapi bukan sekarang, mungkin 2 3 tahun lagi. Aku tak nak buang masa.

Sekarang ni, aku ambil cuti hujung tahun untuk berehat dan positifkan diri. Yela, nak masuk tahun baru, soalan-soalan “bila nak kawin?” ni akan ‘refresh’ balik. Takut diri tak mampu nak digest pulak. Hahaha.

Sampai sekarang, aku masih menunggu insan yang benar-benar ikhlas. Jika benar memang ada jodoh untuk aku, kuatkan aku untuk mencarimu dan menunggu. InsyaAllah.



No comments

Note: only a member of this blog may post a comment.

Powered by Blogger.