Header Ads

Peniaga Kopiah Syukur 'Maruah Dibersihkan'



Datuk Aliff Syukri Kamarzaman membuat permohonan maaf secara terbuka selepas program Oh Abang Kosmetik (AOK) yang didakwa mengaibkan penjual kopiah mendapat kecaman pengguna Internet.


Menerusi Facebook rasminya, Aliff memberikan penjelasan yang diharapkan memuaskan hati semua pihak, termasuk menerusi sebuah video. 

Dalam rakaman video itu juga, Aliff dilihat berliangan air mata ketika memohon kemaafan itu.

Sementara itu, Shamsani juga menerusi Facebook menerima permohonan maaf Aliff itu.

Katanya, menerusi permohonan maaf itu, maruahnya sebagai penjual barangan Islamik yang dipandang serong pulih.

“Alhamdulillah, setinggi tinggi syukur saya panjatkan ke hadrat Allah SWT di atas penyelesaian yang telah diberikan oleh-Nya.

“Tidak kira bagaimana dan apa cara sekalipun permohonan maaf tersebut dibuat, saya menerimanya dengan hati yang terbuka.

“Saya bersyukur nama dan maruah saya telah dibersihkan. Saya selaku individu dan pemilik gerai kopiah tersebut tidak mempunyai sebarang niat untuk menjatuhkan mana mana pihak dengan penyiaran kenyataan balas tersebut di media sosial.

“Kenyataan balas tersebut saya siarkan semata-mata untuk menceritakan keadaan sebenar sepanjang rakaman tersebut dijalankan dan untuk membersihkan nama saya. Sehubungan dengan permohonan maaf yang telah di buat oleh pihak Datuk, saya beranggapan perkara ini telah pun selesai,” katanya.



No comments

Note: only a member of this blog may post a comment.

Powered by Blogger.