Header Ads

Perkenalan 16.1.16, Nikah 3 Bulan Kemudian Dan Suami Pergi Menghadap Ilahi 8 Bulan Kemudian




Ajal maut semua di tangan Allah. Kita hanya mampu merancang, tapi Allah tentukan segalanya. Kisah sedih yang terjadi pada pasangan yang baru 3 minggu mendirikan rumah tangga ini sungguh menyayat hati apabila suami maut digilis dan diseret dengan lori sampah. Mangsa, Mohd Syahmi Mohd Shafee meninggal dunia di tempat kejadian berdekatan plaza Tol Subang, semalam.

Peritnya buat keluarga arwah dan isteri apabila orang tersayang pergi dengan tidak diduga. Ingatlah, sesungguhnya kebahagiaan itu hanya pinjaman semata-mata. Allah boleh bagi, dan Allah boleh tarik kembali walaupun dengan cara yang paling sakit sekalipun. Semoga isteri dan keluarga arwah tabah mengharungi segala takdir yang sudah tersurat ini.

Assalamualaikum.
Dengan lafaz bismillahhirahmanirahim.

Jika ini yang telah tertulis oleh Qada’ & Qadar Allah, dan jika ini yang terbaik untuk dunia & akhiratku, maka telah aku redhakan kepemergianmu dengan lapang dada. Dan tiadalah sebaik baik tempat selain di sisi Tuhan mu. Mohon sentiasa sedekahkan Yassin & Al-Fatihah semoga rohnya sentiasa dicucuri rahmat Allah.

I met this guy accidently on 16.1.2016 & without knowing each other at all, he proposed to me the day after. (17.1.2016). Waste no time, we enggaged on 8.2.2016 and get married on 20.5.2016 . 
How everything happened so fast with His plan.

Appreciation post to this guy who now have my heaven under his feet. Thanks for bringing so much joy & happiness that I could ask for in this year. 
Thanks for marrying someone who doesn’t has anything to be proud of, who accept all of my flaws & imperfections. & after all, thanks for proving me that the good guy still exist. Love you!

 Ya Allah, aku panjatkan setinggi-tinggi kesyukuran buat pinjaman suami sebaik ini meskipun hanya untuk 8 bulan. Aku bersyukur kerna pernah disempatkan untuk merasa menjadi seorang isteri kepada seseorang yang telah Engkau pilihkan buatku.

Sayang, terima kasih kerana pernah menjadi yang paling terbaik dalam hidupku. Tak perlu lagi aku risaukan kerna pastinya kau sudah berada di tempat yang sebaiknya. Terima kasih kerna meninggalkan warismu yg sudah 8 bulan ini, dan aku berjanji akan melahirkan zuriat ini & membesarkannya menjadi anakmu yang soleh. Bersemadilah dikau dengan aman di sana.

“Tunggu org dengan baby kita di syurga Allah ye sayang. Terima kasih sebab bawa cinta org sampai hujung nyawa.”

Selalu dalam hati,
1991-2017



No comments

Note: only a member of this blog may post a comment.

Powered by Blogger.