Header Ads

Rahsia Kekal Cantik Macam Anak Dara Walau Sudah Beranak Dua




Ramai yang suka bila cantik apatah lagi bila sentiasa nampak aktif dan bertenaga sepanjang hari. dan ada yang suka bertanya;

“selalu je rasa tak bertenaga.. muka pun jadi kusam tak cantik… kena ambil vitamin ke ye? Saya tak sukalah makan vitamin.. tapi saya nak cantik dan bertenaga”

Owh! Vitamin bukan WAJIB. Ini hanya cadangan makanan tambahan sahaja untuk menambah baik nilai apa yang kita makan setiap hari. Boleh cantik dan bertenaga secara semulajadi tanpa vitamin pun. Ada 5 rahsia mudah yang boleh kita semua praktikkan tanpa mengambil sebarang pil-pil kesihatan ataupun krim-krim kecantikan. Cuma persoalannya, boleh ke kita disiplin dengan 5 amalan ini?

1. Tidur
Purata waktu tidur yang dicadangkan untuk orang dewasa sekitar 6-7 jam sehari. Tetapi majoriti cuma 5-6 jam sahaja. Ini rahsia terbesar untuk kekal cantik dan bertenaga. Cuba dapatkan tidur yang cukup untuk lebih bertenaga, gembira, sihat dan produktif.

3. Rehat
Mengurangkan tekanan dalam kehidupan kita dan mencari lebih banyak masa untuk rehat. Cukup sehari dalam 15 minit cuba cari masa untuk diri sendiri betul-betul rehat dan recaj kembali semua tenaga yang hilang. Ajaibnya selepas itu kita boleh rasa lebih aktif dan bertenaga. Cubalah!

3. Senaman
Berjalan, berjoging atau berbasikal sekurang-kurangnya lima belas minit setiap hari. Mana-mana jenis aktiviti fizikal akan meningkatkan tahap tenaga anda. Cari masa di antara waktu rehat, kelas, sebelum atau selepas kerja. Rancang dan wujudkan jadual untuk bersenam. Anda akan melihat peningkatan segera pada tahap tenaga anda.

4. Minum
Pastikan minum air dengan kerap dan cukup setiap hari. Air penting untuk fungsi sel, membantu menyingkirkan toksin dari badan, melancarkan peredaran darah, mengawal suhu badan, dan membuatkan kita kekal bertenaga sepanjang hari. Minum sekurang-kurangnya 2 liter setiap hari dan harus lebihkan apabila kita bersenam kerana banyak air yang hilang melalui peluh.

5. Ketawa
Ketawa melegakan tekanan, meringankan otot, peningkatan “rasa gembira” endorphins, dan mengurangkan hormon tekanan (cortisol). Riang dan tersenyum boleh membantu kesihatan fizikal, emosional dan mental dalam pelbagai cara. Sering ketawa juga membuat kita nampak dan berasa lebih muda, dan menambahkan tenaga sosial.



No comments

Note: only a member of this blog may post a comment.

Powered by Blogger.