Header Ads

Ramai Isteri Sebenarnya Yang Ada Tanda-tanda Meroyan Tapi Suami Tidak Sedar




Apa sebenarnya yang perempuan rasa bila meroyan?
Saya terkejut besar sehari dua ni bila baca Private Message ( PM ) dan komen-komen sahabat Facebook saya. Rupanya ramai perempuan yang dah ada tanda-tanda terkena penyakit meroyan tapi orang sekeliling tak sedar dan tak amik kisah pun lebih-lebih lagi suami sendiri.

Saya tahu mungkin para suami masa tu pun tengah pening untuk menyesuaikan diri dengan kedatangan orang baru dalam rumahtangga mereka. Pening fikirkan duit susu anak. Pening fikirkan jadual bertungku isteri. Pening fikirkan lauk pantang isteri. Pening fikirkan bila nak buat aqiqah baby dan banyak lagi tapi kesihatan dalaman dan mental isteri tak boleh dipandang sebelah mata. Bahaya besar tu kalau terlepas pandang!
Si isteri pulak kalau dah sedar diri tu ada tanda-tanda nak meroyan kena la bagitahu suami ye. Bagitahu elok-elok. Jangan takut untuk bagitahu suami sendiri. Suami sendiri kan. Bukan orang luar pun. Kalau orang luar mungkin diorang akan ingat kita ni dah gila tapi kalau suami ni biasanya dia akan cuba sedaya upaya untuk bantu kita dalaman mahupun luaran.
Antara tanda-tanda diri kita terkena penyakit Meroyan yang teruk ( Postpartum Psychosis ) ialah :
1. Mendengar suara yang entah dari mana menyuruh kita melakukan sesuatu ataupun mengkritik orang di sekeliling kita . Suara tu boleh berupa suara televisyen, suara radio ataupun suara manusia berbisik. Suara tu juga boleh berupa suara yang terngiang ngiang di dalam kepala dan tak boleh dihilangkan walaupun dah bermacam cara dibuat untuk menghilangkannya.

2. Tiba-tiba merasakan orang di sekeliling kita sedang berpakat untuk mencederakan atau menyakiti kita. Boleh jadi tiba-tiba kita curiga dengan orang yang selama ni kita percaya. Boleh jadi juga kita merasakan orang sekeliling kita cuba menyakiti dan membunuh baby kita
3. Secara tiba-tiba merasakan diri sendiri mempunyai kelebihan dan kekuatan luarbiasa yang melebihi orang normal. Rasa diri sangat kuat dan tak perlukan tidur walaupun secara realitinya fizikal kita dah sangat lemah dan perlukan rehat tapi otak kita tak mampu berhenti berfikir
4. Merasakan ingatan, hafalan dan fokus makin tumpul. Kita susah nak fokus buat sesuatu perkara. Contohnya kita dah lupa resepi masakan yang biasa kita buat selama ni ataupun kita dah mula lupa jalan yang biasa kita gunakan untuk ke pasaraya ataupun pejabat
5. Kita merasakan masa bergerak terlalu pantas ataupun terlalu perlahan. Kita dah tak tahu tarikh, waktu dan tempat kita berada sekarang
6. Kadang-kadang kita merasakan ada sesuatu yang selalu merayap rayap di seluruh permukaan kulit kita

7. ita perasan yang orang terdekat kita mengatakan kita berkelakuan aneh padahal kita rasa normal je. Boleh jadi kita tak sedar pun apa yang kita dah buat
8. Kita merasakan yang kita takkan boleh sembuh daripada penyakit Meroyan ni dan jalan keluar yang terbaik adalah dengan membunuh diri
Bila kita ataupun suami kita perasan yang kita dah ada tanda-tanda Meroyan ni jangan cepat panik! Kebanyakan orang yang mengalami Postpartum Psychosis ni boleh sembuh secara sempurna. Kebanyakan yang meroyan ni pun biasanya mengalami delusi ataupun halusinasi yang tak memudaratkan diri dan bayi. Hanya 5% je yang dikaitkan dengan bunuh diri ( suicide rate ) dan hanya 4% je yang melakukan pembunuhan anak kandung sendiri ( infanticide ).
Suami pulak bila isteri dah ada tanda-tanda meroyan ni jangan la pulak buat tak tahu je. Meroyan tahap dah rasa nak bunuh diri ataupun rasa nak bunuh anak sendiri perlu segera dibawa ke kecemasan. Sila jumpa doktor di bahagian kecemasan ( Emergency Department ) dan ceritakan simptom dan perkara yang dialami isteri.

Ingat! Sokongan suami sangat diperlukan oleh si isteri. Lebih-lebih lagi masa dalam tempoh berpantang. Saya percaya sikap suami masa merawat isteri dalam pantang la yang akan menentukan tahap meroyan si isteri. Saya percaya suami yang tak meminggirkan isteri dan merawat isteri dengan penuh cinta dan kasih sayang semasa dalam tempoh berpantang akan membuatkan hati isteri menjadi tenang dan sekaligus akan menjauhkan isteri daripada penyakit meroyan yang dasyat ni.
P/ S : Saya Taufiq Razif doktor biasa je tapi isteri saya yang sekarang doktor kat Bahagian Kecemasan pesan, “Kalau ada tanda-tanda meroyan ringan macam mood swing yang teruk dan menangis tak berhenti tanpa sebab boleh la ke Klinik Kesihatan yang berdekatan dulu. Nanti doktor di sana akan rujuk pada kaunselor untuk sesi terapi ye”. Sila tag dan share pada pasangan masing-masing ye. Bagi saya semua suami kat dunia ni kena tahu ilmu tentang meroyan ni. Baru la hati isteri tenang bila dapat suami yang ada ilmu untuk merawat dan membantu isteri masa tempoh berpantang kan.
Jom bantu isteri kita melalui tempoh berpantang dengan penuh tenang dan tenteram ye.


No comments

Note: only a member of this blog may post a comment.

Powered by Blogger.