Header Ads

Ramai Yang Salah Faham Dengan "Anda Tidak Memerlukan Ijazah Untuk Berjaya"




Ramai yang mencetuskan perbalahan tentang anda tidak memerlukan segulung ijazah untuk berjaya.

Ini mungkin disebabkan kejayaan yang dikecapi oleh orang lain seperti Richard Branson, Bill Gates, Steve Jobs, serta Mark Zuckerberg. Mereka telah keluar dari sekolah dan menjadi seseorang yang sangat berjaya dalam menggapai impian mereka sebagai seorang usahawan.

Disebabkan kejayaan ini, ramai yang menganggap bahawa pelajaran bukan lagi satu keperluan.

Tetapi, adakah benar tanggapan tersebut?

Bill Gates dan Mark Zuckerberg meninggalkan sekolah, tetapi mereka berdua dari Universiti Harvard apabila mereka membuat keputusan untuk meninggalkan sekolah. (Kadar kemasukan universiti tersebut adalah 5%, dan antara tiga universiti terbaik di dunia.)

Mereka berdua menunjukkan kebolehan dalam 'programming' di usia yang muda, dan mereka memutuskan untuk keluar dari sekolah disebabkan mereka sangat jelas dengan projek yang akan mereka lakukan.

Steve Jobs dan Richard Branson pula di kategori yang berbeza. Seorang menyambung pengajian di kolej tetapi hanya mengambil subjek yang diminati, manakala seorang lagi tidak pernah lulus sekolah tinggi.

Steve Jobs tidak pernah menghabiskan ijazahnya di kolej Reed, tetapi dia pernah belajar di persatuan pelajar Universiti Stanford sebelum masuk ke kolej Reed. Dia sangat aktif dalam projek yang melibatkan minatnya dalam elektronik, kejuruteraan, seni, dan kesusasteraan.



Richard Branson tidak pernah masuk ke kolej, dan dia berjaya dengan bisnes pertamanya ketika di sekolah dengan majalah 'Student'.

Walaubagaimanapun, baru-baru ini Richard memberitahu keinginannya ingin masuk ke kolej untuk mempelajari kemahiran bisnes.

Jangan terus percaya kepada kenyataan tanpa menghiraukan isi kandungannya.

Mereka yang keluar dari sekolah tetapi berjaya, sering digunakan sebagai contoh dalam MLM untuk menarik minat golongan muda yang naif dengan janji akan menjadi kaya dengan cepat.

Ya, ramai jutawan tidak menghabiskan pengajian tinggi tetapi mereka mempunyai kemahiran, bakat, dan rangkaian yang telah dikembangkan untuk mencapai impian mereka.

Ya, banyak kemahiran yang diperolehi daripada pengalaman berbanding kelas tetapi kemahiran seperti kewangan, pemasaran, atau mana-mana kemahiran yang relevan terhadap industri juga adalah penting dalam memastikan karier yang berjaya.

Fikir dengan baik tentang keadaan anda sebelum anda membuat keputusan ingin keluar sekolah.

Anda jelas tentang minat dan apa yang anda tidak suka? Anda mempunyai pengetahuan atau kemahiran yang boleh dijadikan minat sebagai kerjaya? Anda kenal sesiapa yang boleh membawa karier anda lebih jauh, seperti mentor, rakan kongsi atau pakar dalam industri? Anda mempunyai ruang kerja yang anda yakin dapat memberikan anda keupayaan untuk belajar dan meningkatkan diri anda?

Jika jawapan anda ialah 'tidak' kepada mana-mana soalan tersebut, anda perlu fikirkan semula pilihan anda.

Ramai usahawan sebenarnya ingin menyampaikan yang ijazah bukanlah satu jalan yang pasti untuk mencapai kejayaan, tetapi kejayaan memerlukan semangat, kesedaran dalam diri, dan pembelajaran yang berterusan.



No comments

Note: only a member of this blog may post a comment.

Powered by Blogger.