Header Ads

.SAYA MINTA MAAF KERANA SAYA BANYAK MENYUSAHKAN ABANG




Ini kisah bulan puasa yang lalu....pada satu petang....Dia pulang kebasahan. Kuyup dalam hujan. Basah-basah pun, dia belikan jugak ayam masak merah yang saya pesan, lauk untuk kami berbuka puasa.
Selesai mandi dia solat. Tak rehat lagi, dia keluar pergi buang sampah. Busuk sangat katanya.
"Pengudaraan tak elok. Takut jejas kesihatan awak dan baby"

Masuk rumah, dia ke sinki. Settlekan pinggan mangkuk sikit-sikit yang berbaki.
Selesai yang tu, dia angkat bakul baju. Masih lembab. Dia pergi sidai di ampaian bawah garaj. Siap sidai, dia masukkan baju kotor yang baru. Tinggalkan. Tunggu mesin auto ni berbunyi minta bilas.
10 minit lagi waktu berbuka. Dia hidang lauk, nasi dan telur dadar yang dah siap saya goreng. Dia buat air tea. Dia buka tupperware kurma.

"Dah nak habis dah kurma ni. Esok Abang cari lagi"
Siap makan. Meja dan pinggan dia bersihkan. Perlahan saya berjalan mengambil wudhu dan menunggu dia jadi imam.

Maghrib berlalu datang Isyak bertamu. Dia minta diri untuk ke masjid, berterawih dan tadarus. Dalam pukul 11.15 baru saya dengar dia pulang. Masa tu, saya dah lena. Terlentok kepenatan.
Sebelum tidur, dia siapkan serba sedikit makanan untuk sahur. Tak lupa, baju dan seluarnya siap digosok untuk dia ke tempat kerja pada hari esok.

Pukul 12.00 malam, barulah saya dapat rasai keberadaan dia berbaring di sisi. Sebelum tidur, dia hadiahkan saya ciuman manis di dahi.

"Good nite dear. I love You"
*Sayang . Jika sayang baca tulisan saya ni, saya nak minta maaf kat sayang. Sebab saya banyak susahkan sayang selama ini. Saya tak tahu, sejak akhir-akhir ni, pinggang saya terlalu sakit untuk duduk di lantai. Kaki saya terlalu sakit untuk berdiri lama-lama. Mungkin masanya sudah semakin hampir untuk saya melahirkan.
Sayang .. Di setiap solatmu, doakan saya. Di setiap munajatmu, doakan saya. Juga, di setiap zikirmu, doakan saya. Semoga, saya selamat melahirkan anak kita dan semoga saya dapat kembali berkhidmat kepada Sayang seperti Sayyidatina Khadeejah yang setia.
Sayangku..Terima kasih atas segalanya..

Love You Till Jannah

Your Wife



No comments

Note: only a member of this blog may post a comment.

Powered by Blogger.