Header Ads

“Sebab mak tak mampu bagi duit je…patut ke abang buat macam tu?”- Gadis ini luahkan sikap terkutuk ahli keluarganya




Ada sesetengah orang hidupnya senang-lenang. Tinggal di rumah besar, kereta mewah, makan makanan yang sedap-sedap, even belajar pun tak payah pakai PTPTN atau pinjaman sebab mak ayah still boleh support. Pakaian jangan cerita la semuanya branded. Kalau dah bekerjaya dan berjaya, jangan pulak lupakan mak ayah sebab tanpa diorang mesti korang takkan ada kat dunia ni, kan?

Tapi, lain pula dengan kisah pelajar ni. Usia baru mencecah 19 tahun tapi kehidupan dan kewangan keluarga tak stabil. Dibesarkan bersama 3 lagi adik beradik oleh seorang emak yang hanya bekerja sebagai cleaner. Korang bacalah luahan dia dan nilaikan sendiri.

Aku seorang gadis yg berumur 19 tahun. Anak ketiga dari 4 beradik. Mak aku kerja cleaner. Ayah aku tak kerja sebab sakit dan disahkan tidak boleh bekerja di atas faktor kesihatan. Sejak umur aku 8 tahun, ayah aku tinggalkan kami sekeluarga tanpa berita. Means gantung tak bertali. Tak contact dan nafkah tak diberi langsung. Masa umur aku 17, kami dapat kol yg ayah aku tengah nazak di sebuah hospital.

So, bila kami sampai di hospital tersebut dan jumpa dengan doktor, doktor beritahu yg dekat otak ayah aku ada nanah dan perlu dibedah. Ayah aku stay hospital hampir 5 bulan. Sepanjang ayah aku stay hospital tu aku gilir dgn mak dan kakak aku untuk jaga ayah aku. Sekarang ayah aku dah sihat. Sihat cara orang sakit. Dia dah boleh jalan tp kena pakai tongkat untuk pandu dia jalan.

So, since dia dh boleh jalan, setiap hari dia akan lepak kedai kopi sehingga lewat malam. Macam orang tak sakit langsung. Dan dia akan mintak duit dekat mak aku. Setiap hari. Aku harap bulan puasa ni tadak la dia nk pegi bukak puasa kat luar macam dia lepak kedai kopi tu.

Okay. Ni cerita pasal kakak aku pulak. Dia dah kahwin dan ada sorang anak (umur setahun). But husband dia sangatlah tak bertanggungjawab, kaki pukul, panas baran. Mak aku selalu ja support susu dgn pampers anak kakak aku. korang bayangkan, mak aku kerja cleaner ja. Gaji berapa sangat. Husband kakak aku buat tak tahu ja bila pampers anak dgn susu dh habis. Dah seminggu kakak aku stay rumah kami but abg ipar aku langsung tak jenguk. Padahal setengah jam ja dr rumah dia nak dtg rumah kami.

Td aku pegi giant dgn mak aku sebab nak belikan pampers dgn susu untuk anak menakan aku ni, dlm dompet mak aku cuma ada rm50 sekeping jaa. Mak aku tak gaji lagi. Lepas beli semua tu, baki untuk kami survive sementara mak aku dapat gaji cuma rm1.30. Bayangkanlah. Mak aku punya menangis td sebab tak mampu beli apa apa untuk sambut puasa esok (kurma dan lauk basah). Apa yg patut aku lakukan? Aku still belajar. aku cuma mampu tlg mak aku dgn cara tak minta duit belanja dan sebagainya. Apa yg aku nak buat bila abg ipar aku dh sampai ke tahap ni ? Help me. Please.

Mesti semua akan kata anak kedua takkan tak tlg. Haha. Ni cerita tentang abang aku pulak. jugak dh bekeluarga. Dia tinggal di perak. Jauh dari kami sekeluarga. Tp masalah dia, dia selalu mintak duit dari mak aku, hulur tak pernah pun. Bila mak aku tak bagi dia selalu sentap sampai tak contact berbulan bulan. baru ni dia ws mak aku sebab nak duit. Mak aku dh tadak duit. tinggal sekeping yg td tu jaa. Pastu dia kata ke mak aku tayah anggap yg dia tu anak mak aku. Ada mak pun macam tadak. Allahu.

Layakkah sorang anak yg sepatutnya hulur duit ke mak tp kata ke mak gitu. Sebab mak tak mampu bg duit jaa. Korang rasa ? layak ? Bagi lelaki2 yang baca confession aku ni, please jadi anak lelaki yang bertanggungjawab. Tahu apa reaksi mak aku, mak aku nangis sampai nafas tak stabil bila baca apa yg abg aku wc tu. Masa mak aku cita kat aku, mak nangis lagi. Please anak anak, jangan bagi ibu/mak/mama/mummy/ummi nangis sebab kita ni biadap.

Last but not least, aku rasa aku taknak kejar cita cita aku dah. Sebab kalau aku sambung belajar lagi mak aku kena kerja lagi teruk. Adik aku belajar pun nak guna duit banyak. Aku rasa habis diploma ni, aku nak kerja terus. Sekarang ni masa untuk aku yang balas semua jasa mak aku.

Doakan aku weh 🙂 doakan usia mak aku panjang dan sempat tengok aku balas jasa mak dari aku kecil sampai aku dh dewasa. maaf kalau cerita ni agak cliche dan ayat berterabur. Seriously, aku tulis ni sambil berambu air mata. Semua nasihat yg korang tinggalkan di komen, aku hargai. terima kasih admin. Selamat berpuasa semua.

*nota- gaji mak aku tanggung sewa rumah, bil elektrik & air, belanja dapur, pampers & susu anak menakan aku.

Semoga adik ni tabah hadapi semua dugaan dan masalah. Ramai yang bergaduh sebab tak cukup duit, apatah lagi yang jenis selfish. Asyik minta duit dengan mak ayah walau dah kahwin atau dah kerja. Memang cerita ni tak kena pada kita, tapi jadi pengajaran untuk masa depan jugak.



No comments

Note: only a member of this blog may post a comment.

Powered by Blogger.