Header Ads

Sewa Bilik Kecil & Tanggung 2 Anak – Luahan ‘Perit’ Ibu Tunggal Ditimpa Pelbagai Ujian Selepas Bercerai




Setiap pasangan berkahwin semestinya mengharapkan ikatan yang dibina kekal sehingga ke hujung nyawa. Namun, tiada siapa dapat menyangka dugaan yang akan ditempuhi sepanjang tempoh berkahwin. Tidak persefahaman dan  kemunculan orang ketiga merupakan penyebab utama berlakunya perceraian. Dan bagi seorang wanita, menjadi seorang janda dan ibu tunggal merupakan satu mimpi buruk.

Seperti yang diluah wanita ini di ruangan emel kami, beliau menceritakan kisah perit menjalani hidup sebagai ibu tunggal di Kuala Lumpur. Dari menyewa rumah terpaksa berpindah ke bilik kecil.


Hidup sebagai ibu tunggal yang sangat tertekan
Melihatkan apa yg berlaku kepada anak2 skrg ni terutama sekali anak2 kecil yg menjadi mangsa penderaan fizikal dan mental yg kadang kala membawa kepada kematian yg di lakukan oleh ibu kandung sendiri, ayah kandung malah kekasih kepada ibu atau ayah yg disebabkan oleh penceraian.

Terdetik dihati ini untuk menulis kisah saya yg bergelar ‘single mother’ kepada 2 orang anak yg masih kecil. Semasa sy becerai dengan bekas suami, anak ke2 sy ketika itu baru berusia setahun. Lepas saat itu bekas suami langsung tak memberi nafkah untuk anak2. Bukan sy tak minta tapi nak buat macam mane. Sy ni bukan saje suke2 untuk bercerai tapi atas sebab2 yg hanya Allah S.W.T  sahaja yg tahu. Sy dah puas berusaha untuk menyelamatkan rumahtangga sy tapi itula yg berlaku. Sy redha..

Selepas itu dari duduk menyewa rumah sy tepaksa pindah dengan anak2 sy dengan menyewa bilik atas sebab tak mampu untuk membayar sewa yg terlalu tinggi dengan kos yg semakin meningkat di kuala lumpur ni. Sy yg bekerja sebagai kerani dengan pendapatan yg cukup-cukup makan, dengan pelbagai hutang, perbelanjaan persekolahan dan bayar pengasuh anak2 dan macam2 lagi menjadi satu tekanan dalam hidup sy. Sy pulak mempunyai sebiji moto, dengan moto itula mampu membawa sy bekerja, hantar dan amik anak2 di waktu hujan@panas. Tapi pada sy dan anak2 itu bukan masalah.. Bayangkan dengan anak yg baru setahun kehulu ke hilir naik motor sahaja. Kadang kala balik keje pun dah penat, dengan kerenah2 anak2, nak pikir bayar hutang lagi, semakin hari semakin tertekan hidup sy ni. Asyik nk marah, cepat tension, angin tak tentu pasal macam2 lah. Ketika itu sy tak mampu nak melangkah sekalipun.
Sejak dekatkan diri dengan Allah, hidup tenang dan rezeki melimpah

Tapi hidup sy berubah selepas itu.. Selepas sy dekatkan diri sy kepada Allah s.w.t. hati sy jadi tenang, semua masalah sy satu persatu dapat diselesaikan, gaji sy tiap2 bulan sentiasa cukup walaupun gaji sy tak banyak, kerja pun ok, segala2nya Alhamdulilah. Malah rezeki sy bertambah murah. Setahun selepas sy bercerai tanpa di duga rezeki dari Allah dengan IzinNya sy dapat menunaikan umrah padahal sy takde simpanan langsung dan sy tak perlu bayar ape2 pun untuk pegi umrah. Padahal sy langsung tak terpikir dapat menunaikan umrah di usia yg muda dengan sy yg tak berduit ni. Kalo di fikirkan tiap2 bulan pun cukup2 jek, duit simpanan pun tak de mane mungkin sy nak pegi umrah. Tapi ingatlah Kuasa Allah, apa yg akal kite fikir tak mungkin berlaku tapi jika dengan Izin Nya itula yang akan berlaku. Bila difikirkan, terlalu indah nikmat dan rezeki yg Allah berikan kepada sy yg tak semua orang dapat rasai. Allah uji sy dengan ujian yg sangat-sangat berat, pelbagai dugaan sy terpaksa tempuh tapi selepas itu Allah bagi sy kegembiraan dan kebahagian. Walaupun sy seorang membesarkan anak2 sy sentiasa bagi yg terbaik buat mereka, tunjukkan sepenuh kasih sayang kepada mereka, agar mereka tak rasa kekurangan. Alhamdulilah.
Jangan cepat putus asa, jangan ambil jalan mudah

Jadi apa yg sy nak bagitau kat sini kepada ibu2 tunggal walau ape pun yg berlaku kepada kite, samada dugaan itu berat atau ringan, banyakkan bersabar. Redha dengan segala ketentuan yg Allah dah aturkn sejak azali lagi. Jgn cepat berputus asa, jgn amik jalan mudah.  Cube berusaha untuk bangkit. Kalau kita rase susah ingtlah ade yg lagi susah dari kita, sentiasa bersyukur..Yg paling penting dekatkn diri kepada Allah S.W.T. sbb Allah lah sebaik2 tempat kite mengadu dan meminta petolongan.

Untuk pengetahuan semua sehingga kini sy masih seorang ibu tunggal. Tapi jika ada yg sudi terima sy dan anak2 bole didik dan bimbing kami dalam ilmu agama, syg dan terima kami seadanya, sy mengalu-alukan. Sekurang-kurangnya ank2 sy dapat didikan dan kasih syg dari seorg ayah. Sekurang-kurangnya sy berusaha utk mencari seseorg yg mampu membimbg sy dan anak2. Sy ni susah nk bersosial @ berkawan, jadi sy mmg tak ramai kawan. Jadi di kesempatan ini, sy luahkan apa yg terbuku di hati.
Sy berharap sangat kisah sy ni dapat disiarkn sekurang-kurangnya dapat jadi dorongan kepada ibu tunggal kat luar sana.



No comments

Note: only a member of this blog may post a comment.

Powered by Blogger.