Header Ads

TMJ 'TEMBAK' ANNUAR MUSA, MINTA PENJELASAN TAJAAN MARA & UNIKL UNTUK TRW




Baru-baru ini, TMJ ‘tembak’ Annuar Musa di dalam status terbaru baginda di laman rasmi Facebook Johor Darul Takzim – JOHOR Southern Tigers.

Dalam status terbaru TMJ, baginda telah mempersoalkan tindakan seorang Tan Sri iaitu Tan Sri Annuar Musa (TSAM) yang merupakan bekas presiden Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA) mengenai pelaburan yang dilakukan oleh beberapa penaja Kelantan terhadap pasukan tersebut.

Guna duit rakayt

Menurut TMJ, TSAM dikatakan telah “menggunakan duit rakyat” menerusi syarikat-syarikat yang dibawah Majlis Amanah Rakyat (MARA).

Dalam status baginda, beliau mempersoal mengapa TSAM menggunakan ‘dana awam’ untuk kegunaan pasukan Kelantan dikala ekomonomi negara sedang mengalami kemerosotan.

Kata baginda, TSAM telah memaksa UniKL untuk memberikan sejumlah dana yang pada mulanya dikhaskan oleh UniKL sebagai biasiswa untuk para pelajar di negara ini dari jumlah RM 2 billion kepada RM 1.3 billion.

“UniKL terpaksa mengurangkan biasiswa pelajar-pelajar Malaysia dari RM2 billion kepada RM1.3 billion bagi tahun 2016 tetapi Tan Sri telah menggunakan kuasa untuk memaksa mereka menaja pasukan TRW (Kelantan) pada tahun itu.”

Selain UniKL, syarikat Pelaburan MARA juga menjadi dikatakan dipaksa untuk menaja pasukan Kelantan dengan terpaksa menggunakan dana mereka untuk menaja pasukan Kelantan.

Selain dari itu, TMJ ‘tembak’ Annuar Musa mengenai ke manakah hala tuju wang yang merupakan peruntukan untuk UniKL dan juga Pelaburan MARA.

“Mohon Tan Sri jelaskan ke mana hala tuju Pelaburan MARA dan UniKL tersebut yang merupakan wang rakyat.”

Jangan tumpang populariti

TMJ juga menyatakan yang baginda sebenarnya sudah menjangkakan akan ada beberapa ahli politik akan mengambil kesempataan terhadap kejayaan Faiz Subri merangkul Anugerah Puskas di FIFA The Best Awards.

Bagi TMJ, beberapa ahli politik di negara kita telah menggunakan Faiz Subri sebagai batu loncatan untuk menaikkan kembali reputasi mereka yang sudah merudum ketika ini.

Baginda berkata sedemikian kerana baru-baru ini TSAM telah bercakap kepada media yang Faiz Subri merupakan anak didik TSAM.

TSAM berkata sedemikian kerana beliau merupakan individu yang membawa Faiz ke pasukan Kelantan pada musim 2013.

Selain itu juga, TMJ juga ada menyebut mengenai seorang menteri yang dikatakan pernah mabuk satu ketika dahulu untuk datang menghadap baginda.

Di penghujung statusnya, baginda mengajak TSAM untuk membeli jersi baharu JDT untuk musim ini yang akan dilancarkan pada malam ini.



No comments

Note: only a member of this blog may post a comment.

Powered by Blogger.