Header Ads

Pemuda Ini Selamatkan Anjing "Pening" Di Lebuhraya LDP




Seekor anjing yang terkandas ketika kenderaan lalu lalang dengan laju di sebuah lebuhraya yang laju. Ianya merupakan satu keadaan yang membahayakan pengguna jalan raya, namun bagi 3 orang rakyat Malaysia ini mereka sanggup membahayakan nyawa mereka untuk menyelamatkan anjing tersebut. 

Memetik laporan FMT, 3 orang warga tempatan - seorang Melayu, Cina dan India memberanikan diri berhenti di tepi Lebuhraya Damansara Puchong (LDP) yang sibuk. 

Mengikut salah seorang mereka, Anas Saiful Azhar, beliau memberhentikan kenderaannya dan menolong seorang lelaki Cina yang telah berada di tempat kejadian untuk menyelamatkan anjing yang terkandas di tepi jalan. 

"Kami bertiga cuba untuk mengalihkan anjing tersebut untuk menyeberang ke tepi jalan, yang terbukti sangat sukar. Saya rasa anjing itu takut dengan kenderaan yang lalu lalang". 

Walaupun anjing tersebut melawan dan juga menggigit mereka kerana ketakutan, Anas dan yang lain tidak henti-henti mencuba sehingga anjing itu tenang dan selepas hampir sejam baru anjing tersebut mengikuti mereka. Polis juga berjaya mengawal lalu lintas dan anjing tersebut terselamat ke sisi jalan raya. 

Ditanya kenapa beliau sanggup bahayakan diri menyelamatkan anjing Anas berkata beliau hanya terfikir untuk menyelamatkan dua nyawa - anjing yang terperangkap di lebuhraya dan pengguna jalan raya yang melalui kawasan tersebut. Bagi Anas ianya adalah satu perkara yang mulia yang perlu dilakukan. Tahniah!


No comments

Note: only a member of this blog may post a comment.

Powered by Blogger.