Header Ads

Sahabat Sejati Itu Satu Dalam Sejuta




Memiliki sahabat sejati bukanlah satu perkara yang mudah. Malah, dikatakan ia taklah semudah alam percintaan.

Namun, jika sudah memiliki sahabat, jagalah ia sebaiknya. Jom lihat, sama ada persahabatan anda itu bakal kekal selamanya atau tak. Semak petanda-petanda penting ini.

1. Kalian kenal dan percaya satu sama lain hingga mengetahui kelemahan dan keburukan peribadi masing-masing, namun tetap menerimanya seadanya. 

2. Kamu tak pernah tak mengutuk dan 'membahan' antara satu sama lain tapi taklah sampai merajuk dan sentap.

3. Antara waktu terbaik dalam hidup anda adalah bersama sahabat baik anda. Betul kan?

4. Ketika sudah berminggu-minggu tidak berjumpa, di kala akhirnya bertemu rasa seperti tak mahu berpisah.

5. Kalian mempunyai hutang antara satu lain tapi percaya ia akan dipulangkan walaupun dah bertahun-tahun.

6. Ketika sahabat mendapat pekerjaan baru, kekasih baru atau sebagainya, andalah orang yang berasa paling gembira.

7. Kalian mempunyai bahasa atau kod rahsia yang tidak difahami oleh orang lain.


No comments

Note: only a member of this blog may post a comment.

Powered by Blogger.