Header Ads

(VIDEO) Rakaman CCTV Kim Jong Nam Tersebar




Rakaman kamera litar tertutup (CCTV) kejadian pembunuhan abang pemimpin Korea Utara, Kim Jong-nam mula tersebar di media sosial bermula tengah malam tadi akibat disiarkan oleh media asing. 

Paparan video itu menunjukkan mangsa yang tiba di aras pelepasan, Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur 2 (klia2), menyaksikan dua wanita (yang ditanda) melakukan sesuatu kepada mangsa. 

Susulan itu kelihatan abang kepada pemimpin Korea Utara itu minta bantuan petugas di kaunter pertanyaan dan seterusnya kepada dua petugas polis bantuan klia2.

Rakaman CCTV itu menunjukkan dua wanita menghampiri mangsa sebelum mencekik dan menekap sesuatu ke muka Jong-nam sebelum kedua-duanya dirakam meninggalkan mangsa.

Keseluruhan misi pembunuhan itu, penyerang terbabit hanya mengambil masa kira-kira 2.33 saat sebelum meninggalkan mangsa.


No comments

Note: only a member of this blog may post a comment.

Powered by Blogger.