Header Ads

"Adik Aku Pelakon Terbaik Dalam Keluarga"

Nak Isu Viral? Like Page Kami:



Korang ada tak ahli keluarga yang pandai sangat berlakon, kononnya pendiam tak pun sopan dengan orang lain atau ahli keluarga SELAIN korang.

Well, that’s happened to me. Aku anak perempuan sulung dari 5 beradik. Bawah aku ada 3 perempuan , 1 lelaki. Pelakon terbaik yang aku mention tu adalah adik kedua, miss A yg 5 tahun muda dari aku.

Since kecil, aku n adik lelaki aku yg 2 tahun muda dibesarkan di kampung oleh nenek + sepupu Mak di Melaka. Dari baby sampai 5 tahun aku di Melaka. Miss A pula memang duduk dengan family dekat Muar, Johor. Aku pun jarang jumpa mereka sampai aku masuk 6 tahun, parents aku bawa balik Muar utk masuk Tadika dekat sana.

Kenapa aku kata Miss A ni pelakon terbaik, since kecil, dia ada tendency untuk ambil barang yang dia suka tanpa kebenaran ( a bit kleptomaniac). Dan bila tertangkap, she always pretending she’s innocent. Dan akan menuduh aku atau abang dia. And kami selalu kena rotan because of her. Kami berdua ni memang nakal, selalu main hujan, main basikal kat area bendang sampai jatuh lonkang. Tapi tak berani nak ambil2 barang orang.

Pernah sekali, dia terjatuh masa berlari masa main sorang2, dia menangis punyalah kuat, bila ayah aku datang dia kata aku yang tolak, sedangkan aku dengan adik lelaki aku kite tengah syok main gasing kat hujung rumah. 

Parents aku selalu percaya kata2 dia. Sebab dia, p antara dia dengan adik yang no 4, jarak 4 tahun.. Jadi manja lebih la especially dengan ayah aku.. Aku jadi sakit hati tapi bila aku marah dia, parents aku marah/pukul aku balik.

Until one day, Miss A ambil something from my cousins ( aku tak ingat apa dia, cousins aku bermalam kat rumah kami masa cuti sem kalau tak silap) n my father caught her in action, n dia nak kelentong kata aku yang ambil, n kononnya dia nak pulangkan. Tapi masa tu aku memang dah 2 hari takda kat rumah, tidur kat rumah nenek. So tak boleh nak kelentong lagi lah, n Itulah kali pertama dia kena marah dengan ayah aku.

Itu baru masa kami sekolah rendah, masa sekolah menengah pulak. Dengan parents or jiran2, ko nampak sopan baik giler. Tapi kalau dengan aku, keluar perangai “setan” dia. I mean setan sebab dia kaki mencarut, plus suka hempas2 barang.

Masa tu aku tengah tunggu result SPM, duduk rumah je. One day aku suruh miss A kemas katil dia, n angkat baju yg aku dah lipat, dia buat bodoh. Bila aku suruh lagi, dia mencarut lepas tu tendang baju yg aku da lipat kat ruang tamu then masuk bilik hempas pintu kuat2 pintu, sampai bergegar dinding semua..

Mak aku baru balik dari kerja n baru lepas solat masa miss A ni mengamuk. Mak aku panggil dia keluar, then tanya dia kenapa hempas pintu segala, dia kata aku tendang baju yang DIA da lipat kat ruang tamu..

Kalau korang jadi aku, apa yang korang rasa masa tu.. Dan paling sedih tu, mak aku percaya then marah aku balik, kata aku ni tak matang la etc. Masa tu, aku terus terang la, aku jadi benci sampai aku DOA gila2, aku tak nak belajar dekat dengan rumah, ada rezeki study jauh dari Johor pun takpe. Sebab aku tak nak hadap muka dia..

Dia ambil barang aku, laptop ayah yang aku selalu guna untuk buat kerja masa matriks, dia pakai terus setting password dia, jadi harta dia sendiri. Redha je lah, sebab aku da kumpul duit beli laptop dengan duit gaji masa kerja part time masa tunggu result UPU.

Aku masuk degree, bff masa belajar Matriks hadiah kan aku tafsir Al-quran for my birthday tahun 2011. Bff aku siap tanda ayat2 tertentu, buat remark ayat ketika bersedih etc. That’s my best presents ever. Plus bff aku meninggal pada tahun tu jugak, sebab kemalangan masa nak pergi kelas. Jadi itu lah yang jadi kenangan aku pada dia.

Bila aku balik cuti sem 5, terpaksa bawak balik banyak benda sebab asrama kami takda prepare store macam semester sebelum2 ni.. miss A ni baru nak masuk Matriks. Dia ambil barang2 aku, termasuklah tafsir peninggalan arwah. Dia bawak pergi Matriks. Aku tak kisah la dia nak ambil baju, shawl, semua tu. Tapi tafsir tu suka2 je dia bawak tanpa inform aku.

Aku mengadu pada mak aku, tapi dia just kata ” biarkanlah dia bawak, awak beralah sikit dengan adik”. That moment jadi “trigger point” aku jadi dingin dengan parents n dengan Miss A.. Aku anggap dia tak wujud pun.. Since tu aku malas nak balik, even kalau balik cuti sem, aku balik rumah nenek kat Melaka.

Dia pulak makin besar, jadi kepala angin, tak makan nasihat. Terlebih garang dengan adik beradik, tapi kalau dekat kawan punya lah baik BFF gitu.. Suka2 keluar runah tak cakap, then balik lewat ‘tak padan dengan perempuan’ bak kata orang tua, mak aku selalu membebel pasal dia. Bapak aku pulak, makin berusia dah tak garang macam dulu, kalau dulu aku dengan adik aku lelaki selalu di rotannya. Dengan miss A dan adik2 seterusnya takda pun gitu.

Sekarang ni aku malas da nak fikir pasal dia, ada banyak benda lagi aku nak fikir, pasal kerja, duit nak bagi parents n perbelanjaan diri lagi. And if aku ada rezeki, da berkahwin n ada anak. Aku harap aku tak jadikan anak aku macam ni.

Readers, mana yg da ada anak, kalau dengan anak korang, jangan terlebih manjakan anak. Kalau nak marah anak atas kesalahan pun, asingkan dia dari anak2 yang lain. Aku ada baca satu artikel, tingkah laku anak2 80% disebabkan ibubapa, 20% dari persekitaran.


No comments

Note: only a member of this blog may post a comment.

Powered by Blogger.