Header Ads

Patung Cristiano Ronaldo Jadi Bahan Troll Netizen Satu Dunia


Bagi peminat sudah pasti kenal dengan nama Cristiano Ronaldo. Beliau merupakan anak kelahiran kepulauan Madeira dan baru-baru ini beliau telah diberi penghargaan dengan mengabadikan nama Ronaldo ke satu tempat. 

Sebuah lapangan terbang di kepulauan itu telah menukar namanya kepada Cristiano Ronaldo International Airport. Laman wikipedia Madeira International Airport juga sudah diubah kepada nama yang baru ini. 

Cristiano Ronaldo telah banyak mengharumkan nama Portugal dan memang layak diberi penghargaan sebegini. Namun apa yang menarik bukanlah nama lapangan terbang tersebut tetapi patung Ronaldo yang diletakkan di lapangan terbang tersebut yang menjadi tumpuan dunia. 

Jika sekali pandang memang akan ada muka Ronaldo, tetapi jika dipandang berkali-kali seperti ada yang tak kena. Dan hasilnya, wajahnya yang tersenyum itu menjadi photoshop battle di kalangan netizen seluruh dunia terutamanya di laman Twitter. 

Ada juga peminat membuat andaian pengukir muka patung Ronaldo ini adalah peminat Messi dan Barcelona. Buat masa ini, patung Ronaldo ini akan kekal berada di Lapangan Terbang Antarabangsa Cristiano Ronaldo. Ini adalah reaksi menarik yang kami jumpa di media sosial.




No comments

Note: only a member of this blog may post a comment.

Powered by Blogger.