Header Ads

"Pengantin Lelaki Cetak Wang Palsu Untuk Dijadikan Hantaran Mas Kahwin"


Isu wang hantaran mahal sering kali diperkatakan oleh kita. Ada yang bersetuju kalau wang hantaran diletakkan tinggi dan ada pula sebaliknya. Namun coretan seorang peguam Hasif Hasan mengenai kisah wang hantaran ini agak luar biasa tapi mungkin kita dapat jadikan satu iktibar. 

Bila saya lihat dalam Facebook, Utube yang kecoh kecoh pasal wang hantaran kawin sampai 20, 30 ribu ringgit. Saya jadi kurang seronok. 'Awat mahai sangat na? Jual anak ke apa? getus saya sendirian.

Tapi zaman la ni, tak ada yang mustahil. Orang kampung saya kata, 'noting is impossible'. Cerita pasal wang hantaran tinggi ni saya teringat satu kisah di sebuah mahkamah di ibu negara. Time tu saya kebetulan ada kes lain kat situ. Jadi sempatlah saya ikuti apa yang berlaku.

Seorang jejaka macho masuk ke dalam kandang selepas nama dipanggil. Muka dia, saya nampak macam nervous aje. Dibacakan pertuduhan kepada beliau:

Antara lain berbunyi;

'bahawa kamu...pada tarikh..di sebuah... di Kampung..telah menggunakan wang palsu dalam note RM100 sebanyak .... keping sebagai tulin bagi satu hantaran mas kawin.

Oleh yang demikian kamu telah melakukan satu kesalahan dan boleh dihukum di bawah Seksyen 489B Kanun Keseksaan. 

Jika sabit kesalahan boleh dikenakan hukuman penjara sehingga tempoh 20 tahun dan denda'.

Alahai..'heavy' nya hukuman, bisik saya. Kalau dengan hukuman lagu tu, sah lepas ni pesalah terus taubat nasuha. Tak kawin pon tak pa.

Mengikut fakta dikatakan bahawa bapa pengantin perempuan terkejut apabila melihat semua wang kertas note RM100 yang dimasukkan dalam album gambar hanya mempunyai cetakan bahagian hadapan manakala belakangnya kertas putih.

Penipuan disedari oleh bapa pengantin perempuan ketika mengira wang hantaran selepas majlis akad nikah oleh imam.

Dalam hari saya.. Alahaiii bertuah betul dapat menantu macam ni.

Saya juga berfikir, macam ni punya hantaran, bukan setakat 20 ribu ringgit yang lelaki mampu sediakan. 200 ribu malah 20 juta pun mampu disediakan.

Apa yang perlu ialah sebuah mesin photocopy warna (tak kena beli, pergi kedai photocopy aje), kertas yang 'high' quality dan cutter untuk potong kasi 'ngam ngam' macam size duit betul.

Just press 'button' mesin photocopy aje, terus 'wang' kertas keluar.

Cakap aje, berapa bapa mentua mau?

Dua Puluh Ribu, Dua Ratus Ribu, Dua Juta pun menantu boleh sediakan.

Bagi saya pengajaran cerita ini ialah kefahaman bahawa menantu lazimnya baru habis belajar, baru dapat kerja, yang belum berkerja pun ada, bukan kaya pun lagi nak di 'cekau' duit oleh keluarga perempuan. Maaf, bahasa saya gunakan mungkin agak 'hash' sedikit.

Wang hantaran tu biarlah reasonable. 

Ukur baju di badan sendiri. Jangan pula besar pasak dari tiangnya.

Kalau jadi macam kes wang palsu digunakan, siapa yang susah?

Yang si lelaki confirm dah masuk 'dalam', jika tidak Penjara Pengkalan Chepa mungkin Machang. Penuh Machang, Marang pun kosong lagi.

Si perempuan pula 'makan hati berulam jantung'.

Yang bapa mentua pula seperti 'nyamuk mati gatal tidak hilang'.

Apa apa pun, ukurlah baju di badan sendiri. Sesal dahulu pendapatan, sesal kemudian tidak berguna.

Sekian.

No comments

Note: only a member of this blog may post a comment.

Powered by Blogger.