Header Ads

THE POWER OF DOA! Kucing Keluarga Beli RM3 Ribu Hilang... NAK APA PUN ,ALLAH BOLEH BAGI - Anys Syuhada



THE POWER OF DOA, KUCING RM 3 RIBU HILANG DAPAT JUMPA BALIK
Sebak tak habis sampai sekarang. Allah kalau nak bagi, bila-bila masa Dia boleh bagi. Tapi kadang kadang, Dia nak tengok usaha dan tawakal manusia dulu. Peristiwa Maggie hilang 5 jam tu betul-betul tambah level keyakinan sy dengan konsep “USAHA, DOA dan TAWAKAL”
.
Benda ni jadi 4 malam lepas , dalam jam 10.30 malam macamtu. Suami turun pegi beli ubat selesema untuk Muffin , Nestum dan Maggie kat bawah, ada orang tlg hantar COD (kami tinggal di kondominium di Klang)
.
Sebelum suami turun tu, suami jerit kuat-kuat “SAAAYANGGGGGGGG !! TENGOK NESTUMM !! “ .Sy terus lariiiii pi bukak sikit pintu masuk rumah .Rupanya suami perasan dari luar rumah yg Si Nestum buat perangai “nak terjun tingkap”. Tingkap bilik tu kami bukak sikit nak bagi pengudaraan, sikit besar 3 jari macamtu la sizenya.
.
Sy terusss lintang pukang lari masuk bilik khas memeow untuk selamatkan Nestum kat tingkap. Seminit jugak nak tarik Nestum slow-slow kat tingkap tu. Nestum Berjaya diselamatkan,alhamdulillahh LEGA. Lepasni mmg tak boleh lansung la bukak tingkap tu unless memeow letak kat ruang tamu n tutup bilik diorg tu. Sy sambung keje bisnes online lagi. 15 minit lepastu, suami sampai rumah ,pintu masuk rumah tadi yg sy bukak tu rupanya tak tutup rapat .Suami main kejap dengan Muffin dan Nestum sblum bg ubat selesema tu.
.
Tiba-tiba Sy TERSENTAK ! Ehhh, mana Si Maggie nih, dupp dapp cuakk nak tanya suami. Masuk bilik selow selow cari Maggie.Dia kucing paling aktif antara 3 ekor memeow kat umah ni. Biasa kalau panggil dia guna mainan bunyi2 tu mesti dia yg pertama sampai sebab suka main.
.
10 minit cari kt rumah masih takdeee. Allah ! Risauu dan syak somethingg. Ni mesti dah takde nii, maggie dah keluar rumah laa nii tadi. Aduiiiii risauuu n cemas sesangat. Mula la baca doa lembut hati suami dulu. Lucky me, suami cool je, tapi muka belacan jugak la tp x marah. Hu..Takut weh kena marah. Beli Maggie dah nak dekat RM 3k .Tu sebab ke-3 , tapi sebab no 1, kurang masa main n belai Maggie , sbb no.2 kalau ilang, sapa yg jaga diaaa tu boleh jaga baik baik ke ? Dia tau ke diet si Maggie, makan ape semua.Kalau org yg AMBIL dia tu kejam, makan kucing ke, ape ke. 😣 Mmg cuak sangatt. Muffin dgn Nestum dlm bilik pun buat muka "sedih ".Rasa bersalah dgn maggie dan nestum.Rasa incomplete bila patutnya 3 jadi 2 ekor je skrg.Urghhh
.
Blurr nak buat apa,nak print gambar Maggie ke buat iklan KUCING HILANG. Suami ajak solat HAJAT 2 RAKAAT dan lepastu , baca surah Yasin ,dan baca zikir ni "YA ALLAHU YAA SHAAHID " (Ya Allah Yang Maha Melihat ). Suami pesan, baca betul2 yakinn sepenuh hati. Allah je boleh tolong. Masa tu betul betul rasa serah diri kt Allah.Rasa kerdil sgt diri ni.TIADA UPAYA kami ni tanpa bantuan Mu Ya Allah.
.
Macam macam sy dan suami buat.Kami turun lift ground floor, masa tu dah jam 1.30 pagi macamtu , cari kat playground, jumpa pakguard, tengok cctv jap .Pak guard 2 org tu indian , baikk hati melayan kami , agaknya tengok muka dua dua dah ' ubi ' sangat. Pak guard tu cakap kalau nak tengok RAKAMAN CCTV kena dtg ofis esok boleh tengok. Sy sempat pesan pada pakguard minta tlg call fon suami kalau ade ternampak kucing.Kawasan kondo kami ni mmg JARANG NAK ADE KUCING. Kalau ada pun penah nampak sekor shj dulu.
.
Masih belum jumpa ! Allah. Dah nak jam 3 pagi . Last ikhtiar suami ajak naik balik blok kami guna TANGGA ,sbb suami dpt instinct kuat rasa si Maggie masih ada lgi somewhere. Kami teruss cari. Sambil sy main mainan kucing nak panggil Maggie. Dari tingkat 1 ,2 sampai 5 kami cari depan rumah SEMUA ORANG anddd tetiba TERSENTAKK ! NAMPAK MAGGIE MENYOROK BAWAH RAK KASUT rumah org ! Dia MENGIGIL TAKUT yang amatttt masa tu. 😨 ALLAH je yg tahu rasa TERKEJUT MASA TU.Sampai MEREMANG TENGKUK mcm2 perasaan .Balik terus sujud syukur , turun balik sedekah sikit kat pakguard 2 org sbb hepi sangatt time tu.ALHAMDULILLAH
.
Pahamla kami lagi skrg , NAK APA PUN ,ALLAH BOLEH BAGI, CUMA ALLAH NAK KITA USAHA, MINTAK BERSUNGGUH SUNGGUH PENUH BERHARAP DARI DIA .Syukur alhamdulillah ya Allah kau beri ujian kecil utk beberapa jam .Penuh hikmahnya. Lepas dari kes tu , otometik tangan makin alert n cekappp masuk rumah teruss PAPPP ! Tutup pintu kunci.Laju je tgn skrg. Hehe
.
Untuk catslover yg lain ;
Meh kenal memeow 3 ekoq nih ; Maggie british shorthair pure breed.Muffin dan Nestum DLH. Beli Nestum utk dijodohkan dgn muffin tapi apekan daya muffin fall in love dgn Maggie .Nestum tinggal berhuhuhu jelah skrg
.
Nanti korang boleh buat benda yg sama dan baca DOA kt bawah ni kalau-kalau ada jadi kes barang hilang, kucing hilang, dengan izin Allah boleh la jumpa balik
.
اَللهُمَّ يَارِبِّ الضَّآلَّةِ وَيَاهَادِيًا مِنَ الضَّلاَلَةِ رُدَّ ضَآلَّتِىْ
ALLOOHUMMA YA RABBADL DLOOLLATI WA YAA HAADIYAN MINADL DLOLAALATI RUDDA DLOOLLATI
Artinya :
Ya Allah Tuhan dari sesuatu yang hilang, ya Tuhan yang memberikan petunjuk dari kesesatan, kembalikanlah barangku yang hilang
.
#Ps: sama2 ingatkan pasangan kalau jadi kes barang hilang jangan panik, boleh cuba amalkan doa ni dulu. Share & tag kawan2 yang lain untuk peringatann
.
#AnysSyuhada






Sumber : https://www.facebook.com/anys.syuhada



No comments

Note: only a member of this blog may post a comment.

Powered by Blogger.