Header Ads

Wanita Ini Buat Netizen Rasa Kagum Kerana Solat Dalam Kokpit Pesawat


Kekangan ruang dan waktu bukan alasan untuk mengelak daripada melaksanakan ibadat. Begitu jugalah dilakukan seorang pembantu juruterbang Garuda yang khusyuk menunaikan solat di dalam kokpit pesawat berkenaan.

Gambar swafoto indah itu dimuat naik juruterbang pesawat syarikat penerbangan Indonesia itu sendiri iaitu Kapten Jaka Pituana menerusi akaun Instagramnya sebelum ia tular.

Gambar itu memaparkan pembantu juruterbang Sarah Widyanti Kusuma yang ayu mengenakan kain telekung sedang menunaikan solat di dalam kokpit pesawat Airbus 330.

Memetik portal detik news, Naib Presiden Komunikasi Korporat Garuda Indonesia Benny S Butarbutar berkata sudah menjadi kebiasaan bagi Sarah menunaikan solat di dalam pesawat untuk mendekatkan diri dengan Tuhan.

Perkongsian itu mengundang reaksi positif daripada netizen yang rata-rata kagum dan memuji kesungguhan wanita terbabit dalam usaha menjadi Muslimah solehah.

"MasyaAllah, luar biasa. selalu tunduk kepada Allah SWT," komen netizen.

Kagum dengan sikap wanita ini. Dalam melaksanakan urusan dunia, dia tidak lupa tanggungjawabnya pada yang Esa

No comments

Note: only a member of this blog may post a comment.

Powered by Blogger.