Header Ads

24 April Diisytihar Hari Cuti Umum Sempena Pertabalan Agong




Sempena Hari Pertabalan Yang di-Pertuan Agong XV, Sultan Muhammad V, kerajaan memutuskan tarikh 24 April (Isnin) diisytiharkan sebagai hari kelepasan am tambahan bagi seluruh negara.

Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Dr Ali Hamsa berkata, pengisytiharan ini dibuat berdasarkan Seksyen 8 Akta Hari Kelepasan Am 1951 (Akta 369) bagi Semenanjung Malaysia dan Wilayah Persekutuan Labuan.

"Kerajaan akan mengadakan dua acara utama sempena pertabalan Yang di-Pertuan Agong yang dilantik pada 13 Disember 2016 menggantikan Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah yang tamat tempoh pemerintahan 12 Disember tahun lalu."

Memetik laporan Harian Metro, pada 24 April itu, Istiadat Pertabalan akan diadakan di Balairung Seri Istana Negara manakala pada sebelah malamnya Majlis Santapan Diraja di Dewan Santapan Istana Negara.

Di samping itu, Bacaan Yassin, Doa Selamat dan Solat Hajat akan diadakan pada Khamis, 20 April di Masjid Putra, dan Pameran Raja Kita akan diadakan pada Selasa, 2 Mei di Muzium Diraja (Istana Negara lama)


No comments

Note: only a member of this blog may post a comment.

Powered by Blogger.