Header Ads

6 Maut Kereta Kena Hempap Dengan Lori Terbalik Akibat Tayar Pecah




Empat orang termasuk seorang wanita dilaporkan maut apabila kereta yang dinaiki mereka dihempap oleh sebuah treler yang terbalik dalam satu kemalangan pagi tadi. 

Memetik laporan Astro Awani, kejadian berlaku di Lebuh Raya Utara selatan (PLUS) berhampiran Plaza Tol Tanjung Malim. Kejadian berlaku pada pukul 7.30 pagi itu mendapati treler yang datang dari arah utara hilang kawalan akibat tayar pecah dan terbalik ke laluan bertentangan dan menghempap kereta yang dari arah selatan. 

Mangsa yang maut adalah 
  • Low Wai Loon, 46
  • Lam Leong Choy, 76 
  • Lam Jie Yang, 19 
  • Wong Check Lee, 53 
  • Lam Jie Hong, 13 
  • Lam Wai Keat, 38
Manakala pemandu treler dilaporkan mengalami kecederaan ringan.

Komander Operasi, Pegawai Bomba Kanan, Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kuala Kubu Bharu, Rosdi Shafie berkata, bomba menerima panggilan jam 7.41 pagi dan sebuah jentera BBP Kuala Kubu Bharu di bantu BBP Tanjung Malim tiba di lokasi.

"Bomba terpaksa menunggu kren untuk mengangkat treler itu sebelum usaha membawa keluar mangsa tersepit dilakukan," katanya. Kesemua mangsa berjaya dikeluarkan pada 9.40 pagi tadi.


No comments

Note: only a member of this blog may post a comment.

Powered by Blogger.