Header Ads

Ada Yang Berminat? Di Indonesia Kalau Beli Rumah Boleh Dapat Isteri Atau Suami



                 
Beli rumah dapat isteri? Wah, menarik! Kaum Adam di Indonesia pasti sangat tertarik dan teruja dengan poster menjual rumah yang mempamerkan iklan promosinya iaitu ‘Beli rumah dapat istri (isteri)’.

Bukan itu saja, malah menerusi iklan itu juga dinyatakan 'buruan hanya ada 6 istri'. Seriuslah? Memang mengujakan sekiranya pakej yang ditawarkan adalah benar, bukan sekadar gurau senda.

Tetapi nanti dulu! Jangan cepat percaya dan salah sangka. 'Istri' yang dinyatakan di sini sebenarnya bukan bermaksud 'isteri', tetapi sebaliknya helah atau taktik pemaju perumahan untuk menarik perhatian pembeli sahaja.

'Istri' yang dimaksudkan sebenarnya membawa maksud lain iaitu singkatan kepada beberapa perkataan lain iaitu 'Internet, Sofa, Refrigerator (peti ais), dan Ipad'.

Memetik portal Merdeka, maksud perkataan 'istri' ada dinyatakan dalam iklan terbabit, namun ditulis dalam saiz lebih kecil dan iklan sedemikian sudahpun digunakan sejak tahun lalu lagi dan kembali tular di Internet dan laman sosial.

Sebelum ini di Yogyakarta, Indonesia, tular mengenai seorang wanita bernama Wina yang menawarkan diri menjadi isteri kepada sesiapa yang berjaya membeli rumahnya.

Nampak gayanya semakin ramai pemaju perumahan mendapat inspirasi dari idea 'gila-gila' wanita berkenaan. Bukan menipu ya, sebaliknya ia merupakan taktik lucu tapi berkesan daripada pemaju.

Terdahulu memetik Tribun Medan, iklan poster serupa turut digunakan iaitu 'Beli Rumah Dapat Istri' dan 'Beli Rumah Dapat Suami'.

Istri yang dimaksudkan adalah singkatan daripada Ipad, Springbed, Tv, Rice cooker, Iphone, manakala Suami adalah singkatan daripada Samsung, Uang (Wang) tunai, AC (Penyaman Udara), Mesin basuh dan Iphone.

Macam-macam strategi dan taktik digunakan pemaju untuk menarik pembeli mereka. Selain menarik perhatian, ia juga menghiburkan sesiapa yang melihat iklan poster tersebut.


No comments

Note: only a member of this blog may post a comment.

Powered by Blogger.