Header Ads

"Aku Benci Uptown Danau Kota..Benci Tahap Langit Ke Tujuh" - Lelaki Berang Kereta Dicalar Oleh Peniaga Uptown


Seorang lelaki mula hilang sabar dan meluahkan rasa kesal dengan tindakan segelintir peniaga uptown Danau Kota yang bertindak ala samseng.

Lelaki yang tidak mahu identitinya didedahkan itu tidak menyangka segelintir peniaga tergamak merosakkan keretanya hanya kerana parkir di tapak niaga di uptown tersebut. 

Luahan mangsa yang dikongsikan di halaman Facebook Orang Wangsa Maju mula tular di media sosial dan menjadi perbincangan hangat di kalangan netizen.

Dapat dalam inbox...

Aku benci Uptown Danau Kota. Benci tahap langit ke tujuh. Aku memang dari awal tidak berkenaan dengan Uptown, tetapi bila sudah jadi macam ini, aku sudah tidak boleh sabar lagi. Ini sudah melampau. 

Kalau korang tidak tahu, kawasan Uptwon ini merupakan kawasan lot kedai dan lot pejabat lama. Senang cakap, banyak orang lama yang tinggal di sini. 10 hingga 30 tahun punya cerita.

Bila Uptown muncul, awal-awal masih okay lagi. Tapi lama-lama, KO. Bagi angin satu badan saja. Tapak lot sudah diberikan, korang buka gerai korang di situ saja tidak boleh kah? Ini tidak, pasang sampai ke tempat letak kereta, lepas itu korang angin orang parkir kat situ. Korang pecahkan, calarkan, patahkan kereta milik orang lain. Apa kes? 

Kononnya, Uptown ditubuhkan bagi membantu orang Melayu berniaga mencari duit lebih. Ini macam tolong ajar jadi samseng saja. Kalaulah kereta itu kacau tempat kau berniaga, setakat letak notis beritahu, tidak boleh kah? 

Ini baraikan kereta orang apahal? Bukannya kita orang letak kereta berbulan-bulan pun. Mahu ribu riban duit kena keluar mahu baik pulih. Mahu minta korang duit? Memang haramlah. Korang pasti tiada duit, tu berniaga macam samseng neraka.

Semoga korang mereput dengan bisnes korang. Ini bukan kereta pertama yang korang buat. Banyak lagi kes yang terjadi sebelum-sebelum ini. Betul, korang pasti akan cakap, bukan semua peniaga samseng atau blablabla. tetapi berniaga biarlah beradab.


Ekoran itu, satu laporan polis telah dibuat oleh mangsa. Rata-rata netizen mengecam tindakan pelaku itu dan segelintir netizen yang lain pula menyarankan agar tapak perniagaan itu segera ditutup kerana sering menyebabkan kesesakan lalu lintas.

Apapun alasan pelaku itu, kejadian seperti ini tidak sepatutnya berlaku dan pihak pengurusan uptown berkenaan perlu memandang serius tentang kes ini. Jangan kerana nila setitik rosak susu sebelanga

No comments

Note: only a member of this blog may post a comment.

Powered by Blogger.