Header Ads

Amaran Keras Untuk Suami, Tolong Jangan Lakukan Perkara Ini Terhadap Isteri Anda


Pada hakikatnya, semua orang tidak suka dibandingkan dengan orang yang lain. Begitu juga dalam hubungan suami isteri.

Para suami, sila ingat, jangan sesekali membandingkan isteri anda dengan wanita lain. Bukan kerana isteri anda memiliki ego tersendiri, namun hati dan pengorbanannya bukan calang-calang untuk diri anda.

Meskipun anda melakukannya dengan cara bergurau atau kata-kata lembut, namun ia boleh menimbulkan rasa cemburu, tidak puas hati malah mengguris hati seorang isteri.

Bukan itu sahaja, suami yang biasa melakukan perbandingan boleh menjadi tabiat buruk. Suka mencemuh, beri komen negatif dan akhirnya menyebabkan 'peperangan'.

Sebaliknya, jadilah suami yang suka memberi kata-kata semangat dan motivasi. Ia bukan sahaja memberi inspirasi dan semangat pada isteri, malah mereka juga semakin erat dan menyanyangi anda.


No comments

Note: only a member of this blog may post a comment.

Powered by Blogger.