Header Ads

Anjing Ini Setia Berkhidmat Jaga Keselamatan Negara




"Terima kasih Lobo dan rakan kerana bersama kami!, ” status ini dimuat naik di laman Facebook milik Polis Diraja Malaysia (PDRM) sebagai penghargaan kepada seekor anjing bernama Lobo. 

Dalam status berkenaan memaparkan seekor anjing bernama Lobo yang akan mengikuti anggota Pasukan Gerakan Am (PGA ) dalam melakukan rondaan di sekitar Pulau Mataking, Semporna. 

Lobo tetap setia mengekori pasukan rondaan berhalan kaki setiap hari tanpa gagal. Lobo adalah di antara 3 ekor anjing yang tinggal di pulau tersebut memilih untuk "berkhidmat" bersama anggota polis dan Angkatan Tentera Malaysia (ATM). 

Kawanan haiwan itu yang menghuni pulau berkenaan memilih menjadi sebahagian daripada keluarga petugas Kawasan Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah (ESSCOM) di Pos Gabungan PDRM-ATM dalam menjaga keselamatan pulau.


No comments

Note: only a member of this blog may post a comment.

Powered by Blogger.