Header Ads

Bayi Ini Lahir 6 Hari Selepas Ayahnya Meninggal Dunia Akibat Kanser Hati, Tak Sempat Rasai Kasih Seorang Ayah


Sesungguhnya ajal maut itu di tangan tuhan. Bagi mereka yang kehilangan tempat bergantung pasti akan bersedih memikirkan bagaimana hendak meneruskan kehidupan yang mencabar ini. 

Bayi ini yang lahir pada 28 Mac tidak sempat untuk merasai kasih sayang seorang ayah. Ini kerana, ayah kepada bayi ini Mohammad Lazi bin Tolabudin pergi menemui Ilahi pada 22 Mac, 6 hari sebelum kelahiran bayi yang diberi nama Syaza Azra Sofea ini. 

Allahyarham Mohammad Lazi telah meninggal dunia setelah menghidapi kanser hati. Tambah menyedihkan lagi, arwah meninggalkan 6 orang anak yang hilang tempat bergantung. 

Keluarga ini juga sedang mengalami masalah kewangan yang meruncing sehingga tidak mampu untuk membayar duit sewa rumah yang tertunggak malah mereka juga telah menerima notis pemotongan bekalan air dan elerrik. 

Bagi sukarelawan Natipah Abu telah menyerahkan sumbangan awal kepada keluarga ini. 

MUKADIMAH KISAH ...
Anak ini lahir pada 28 March lalu tanpa mengenal erti belai kasih seorang ayah yg telah kembali ke Rahmatullah pada 22 March....6 hari sebelum dia dilahirkan akibat kanser hati.

Dia dan 5 adik beradik serta ibunya kini dalam kesedihan yg amat sgt....selain kehilangan kasih ayah...mereka juga dihimpit masalah kewangan yg meruncing.

Selain sewa rumah yg tertunggak ( RM300 sebulan - sebanyak 4 bulan ), mereka juga telah menerima notis pemberitahuan pemotongan bekalan letrik dan air.

Kak Pah telah menyerahkan sumbangan awal dr tabung kebajikan kita utk melapangkan sesak keluarga ini dan pegawai LZNK yg bersama td juga sudah bersetuju utk meluluskan bantuan makanan bulanan.

Kak Pah sdg menunggu anak sulung keluarga ini yg berusia 18 thn membuka acc simpanan utk menulis kisah keluarga ini yg tinggal di:

No 855 Lorong Kemboja 33
Taman Spice Village, Sg Petani.
Kedah.

No comments

Note: only a member of this blog may post a comment.

Powered by Blogger.