Header Ads

Bayi Lahir Pramatang Dan Hanya Sempat Hidup 4 Hari Akibat Asap Rokok Suami




Asalam semua…nama aku Mas.Aku mohon terasa mana-mana perokok tegar di dunia ni dengan luahan aku.Aku juga harap sangat cerita aku ni mewakili orang lain yang tidak merokok.Kami perlukan pembelaan.

Aku adalah anak seorang perokok tegar.Ye,bapak aku merokok.Pernahlah dulu pasang niat nak berhenti kononnya..lepas beberapa bulan,keluarga aku ditimpa musibah. 

Bapak aku mula merokok balik.Memang orang yang dah biasa merokok ni,masa rokokla dia dapat ilham untuk selesaikan masalah dia. 

Lagi banyak dia hisap rokok lagi banyaklah idea..ni teori yang dibina oleh aku berdasarkan aku tengok bapak aku.

Lepas beberapa ketika,aku pun 1 hal.Aku tak pernah kisah kawan atau ada perokok sekitar aku. Mungkin juga sebab aku dah biasa dengan asap rokok kat rumah.Jadi aku kawin pun juga dengan seorang perokok…

Suami oh suami…diawal perkahwinan aku masih tak kisah suami aku perokok tegar. Rokok depan aku dan sebagainya sampailah ketika aku disahkan mengandung.

Bermulalah aku dengan laki aku bermasalah.Seolah-olah aku seperti menghalang atau menyekat keinginan dia. Pada aku,aku ok bile sendiri..tapi bila dah mengandung,ini melibatkan nyawa anak aku…aku tak boleh bertolak ansur.

Banyak kali kami bergaduh sebab aku suruh dia basuh mulut dan semualah bende-benda yang boleh hapuskan bau asap rokok tu.

Sampailah usia kandungan aku 6 bulan.Aku alami kelahiran pramatang dan anak aku hanya hidup 4 hari sahaja.

Pada ketika itu memang aku terima semua takdir Allah tapi dalam masa yang sama rokok juga menyumbang juga pada tahap kesihatan janin aku. 

Aku ada bertanya pada suami aku…adakah dia masih terus tegar mahu menjadi perokok atau mahu berhenti.Katanya akan cuba kurangkan…okla sekurang-kurangnya adalah ayat-ayat nak berubah tu.

Selepas 2 tahun,aku dikurniakan rezeki untuk mengandung lagi.Kali ni aku amek langkah berjaga-jaga. Jika suami hendak hisap rokok,aku suruh hisap luar rumah. 

Cukup bulan aku selamat melahirkan bayi aku..bapak aku pun datang melawat.Aku duduk di wad kelas pertama.Bilik seorang saja. 

Tiba-tiba nurse buat aduan,bilik aku bau asap rokok.Ohhh….rupanya bapak aku hisap rokok masa gunakan tandas…hmmmm

Suami bolehlah ditegur..tapi bila bapak sendiri susahla. Merajuk saja jawabnya. Pernah sekali anak aku kene dukung dengan bapak aku..bila aku amek bau rokok dimukanya..walaupun dibasuh masih berbau..aku rasa sedih sangat…

Tolonglah wahai perokok-perokok..kami tidak paksa anda untuk berhenti.Buatlah sesuka hati tapi…janganlah heret kami kedalam kehidupan tidak sihat anda. 

Asap rokok itu membunuh kami perlahan-lahan…merosakan tahap kesihatan kami secara beransur-ansur..Kami mahu hidup yang bersih dari asap,bau rokok..

tolonglah kami.. kasihanilah kami… kami merayu.


No comments

Note: only a member of this blog may post a comment.

Powered by Blogger.