Header Ads

'Bila Mak Nak Solat, Tengok-Tengok Kain Sejadah Dan Kain Telekung Berdiri Sendiri'




Kisah sejadah atau kain telekung berdiri dengan sendiri sering kita dengar pada beberapa tahun yang lepas. Terbaru kejadian yang sama berlaku di Sik, Kedah. 

Seorang pengguna Facebook Mohamad Syafiq Akmal Ismail berkongsi beberapa keping gambar dimana kain sejadah dan kain telekung berdiri dengan sendiri yang mengejutkan keluarga mereka. 

Menurut Syafiq, kejadian tersebut berlaku ketika ibunya sedang bersiap untuk mendirikan solat. 

"Subhanallah, ujian buat kami sekeluarga. Maha Suci Allah, kejadian (yang berlaku) di rumah saya.

"Mula-mula, masa mak nak solat, (dia) ambil kain telekung. Lepastu kalut-kalut letak kain telekong atas sejadah.


"Lepas tu, mak patah balik nak solat, tengok-tengok kain telekung dan sejadah satu lagi berdiri macam tengah solat.

"Allahuakbar.. Subhanallah.. keadaan sejadah ikot qiblat.. Semoga keluarga kami dalam lindungan Allah." 

Kisah tersebut yang viral di media sosial telah menjadi perhatian orang ramai yang kelihatan berkunjung ke rumah Syafiq untuki melihat sendiri kejadian pelik itu. 



No comments

Note: only a member of this blog may post a comment.

Powered by Blogger.