Header Ads

"Buat Para Penganggur, Jangan Pernah Berhenti Berharap"




Salam. Namaku Alia, berumur 25 tahun dan masih menganggur.

Aku percaya dekat luar sana masih ramai lagi yang menganggur, terkapai-kapai untuk membina kehidupan dan sebagainya. Di sini aku nak kongsikan tentang apa yang aku sedang lalui sepanjang kehidupan ku selepas bergelar graduan.

Sudah 2 tahun aku meninggalkan universiti. Dan telah mencuba bermacam jenis kerja. Baik kerja pejabat, kerja bawah matahari, kerja menggunakam kudrat 4 kerat. Semuanya lah. Dapat kerja yang okay, gaji pun besar. Tapi rezeki aku bukan kat situ. Aku teruskan mencari kerja dengan bermacam-macam cara.

Tapi disebalik pengalaman melalui semua itu. Aku dapat belajar satu benda. Iaitu; usah berhenti berharap. Yes, walau kita dah cuba mohon bermacam jenis kerja. Travel ke sana sini mencari takdir rezeki. Kau akan sampai your lowest point ataupun kau dah give-up dengan semua ni. Apply macam-macam, satu apa respon tak diterima. Perasaannya, tuhan je lah yang tahu.

Tipu lah kalau kita tak cemburu dengan kawan-kawan kita yang apply sekali, petik jari dah dapat kerja. Kerja yang elok pulak tu. Haihhh rasa down lain macam. Tapi aku tetapkan dalam diri aku. Itu rezeki dia. Rezeki kita belum tiba lagi. Walau kita down teruk sekali pun

Tapi kita selalu percaya rezeki kita ada. Cuma lambat dari mereka. Keep on usaha, doa dan tawakal.

Yes. Dalam mencari rezeki engkau tak perlu gopoh. Tak perlu nak cemburu dengan orang lain. Itu bahagian dia. Bahagian kita, Allah sahaja yang tahu. Jangan berhenti berharap dengan rahmat tuhan selagi engkau percaya rezeki engkau masih ada. Kita masih ada tuhan. Kita masih punya nikmat yang diberikan. Keep faith. Allah ada.


No comments

Note: only a member of this blog may post a comment.

Powered by Blogger.