Header Ads

CCTV Rakam Serangan Tembakan, Budak Perempuan 4 Tahun Nyaris Maut




Seorang kanak-kanak perempuan berusia empat tahun berdepan detik menggerunkan apabila nyaris terkena dua das tembakan dalam satu serangan. Kejadian berlaku pinggir bandar Phoenix, Arizona. 

Berdasarkan rakaman kamera litar tertutup CCTV, insiden tembakan itu menunjukkan kanak-kanak perempuan itu berada dalam sebuah kedai gunting rambut milik datuknya.

Memetik laporan CNN, tembakan berkenaan dilepaskan dua lelaki yang mahu menembak sebuah kedai tatu yang terletak bersebelahan dengan kedai gunting rambut tersebut, namun tembakan tersasar ke kedai dimiliki datuk kanak-kanak itu.

Dua das tembakan itu hampir terkena kanak-kanak berkenaan yang tidak didedahkan identitinya.

Mujur kanak-kanak itu tidak mengalami kecederaan serius dan hanya mengalami luka akibat serpihan kaca yang pecah, kata jurucakap polis.

Hanya satu das tembakan yang mengena kedai tatu itu, manakala dua das lagi tersasar ke arah kedai gunting rambut.

Polis berjaya menahan dua suspek, Michael David Hart, 23, dan Rafael Santos, 21, yang disyaki terlibat dalam serangan berbahaya itu.



No comments

Note: only a member of this blog may post a comment.

Powered by Blogger.