Header Ads

Celup Tangan Anak Tiri Dalam Air Panas, Bekas Peserta AF9 Didakwa Dera Anak Tiri




Bekas peserta Akademi Fantasia (AF) musim ke-9, Mohammad Azri Abdullah dituduh mendera anak perempuan tirinya, seperti yang dipetik laporan Harian Metro.

Pun begitu, dia mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen, Petaling Jaya atas tuduhan mencelup kedua-dua tangan mangsa ke dalam air panas, tahun lalu. 

Mohamammad Azri, 30 merupakan suami kepada bekas juara program Mentor, Sala Andi-Asis, membuat pengakuan itu dan memohon dibicarakan sebaik pertuduhan terhadapnya dibacakan. 

Mengikut pertuduhan, Mohammad Azri didakwa melakukan penganiayaan terhadap kanak-kanak yang kini berumur 10 tahun dengan mencelup kedua-dua tangan mangsa ke dalam air panas di sebuah pangsapuri di Seksyen 9, Subang Jaya, di sini, jam 8 pagi, pada 5 Mei 2016.

Tertuduh kini dibenarkan diikat jamin RM10,000 dengan seorang penjamin, berserta syarat tambahan tidak mengganggu mangsa dan menetapkan 15 Mei ini untuk sebutan semula kes.


No comments

Note: only a member of this blog may post a comment.

Powered by Blogger.