Header Ads

China Bakal Siapkan Bouteflika, Masjid Ketiga Terbesar Di Dunia Tahun Ini


Satu lagi seni bina mengagumkan bakal diperlihatkan dunia apabila negara dari benua Afrika iaitu Algeria kini dalam proses membina sebuah masjid yang diiktiraf sebagai ketiga terbesar di dunia apabila siap kelak.

Dengan kos pembinaan lebih dari satu bilion euro (RM4 bilion), masjid yang dikenali Djamaa El Djazair atau Bouteflika bakal siap sepenuhnya pada tahun ini. 

Ianya hasil kerjasama antara syarikat kejuruteraan pembinaan dari China dan tempatan iaitu Algeria sendiri dengan pelbagai seni reka bentuk yang hebat.

CNN melaporkan negara yang kaya dengan hasil minyak itu telah memberikan penghargaan kepada sebuah firma kejuruteraan dari China kerana menghasilkan seni bina untuk masjid tersebut.

Difahamkan, dewan solatnya seluas 20,000 meter persegi yang mampu memuatkan hingga 120,000 jemaah selain menara setinggi 264 meter yang dianggap tertinggi setakat ini.


Menurut Menteri Perumahan Algeria, Abdelmadjid Tebboune, kejayaan pembinaan masjid itu melambangkan persahabatan antara Algeria dan China.

“Kami berterima kasih kepada rakan dari China yang menghasilkan karya seni bina ini. Ia akan ditulis dalam sejarah sebagai karya monumental seni bina agama."

“Ia adalah masjid ketiga terbesar di dunia, kedudukannya hanya selepas dua masjid terbesar iaitu Masjidil Haram di Makkah dan Masjid Nabawi di Madinah."

Beliau berkata demikian selepas majlis menempatkan menara masjid pada Sabtu lalu yang dihadiri China State Construction Engineering Corporation (CSCEC) dan Duta Besar China di Algeria, Yang Guangyu. 

No comments

Note: only a member of this blog may post a comment.

Powered by Blogger.