Header Ads

Cikgu Cantik 21 Tahun Ini Pasti Buat Ramai Netizen Ingin Kembali Ke Sekolah

Nak Isu Viral? Like Page Kami:



Ramai suatu ketika pasti pernah jatuh hati pada guru sekolah menengah mereka. Ini kerana, pada usia itu pelajar mengalami perubahan hormon yang agak ketara.

Namun, cuba bayangkan pula jika cikgu-cikgu sekolah anda cantik seperti model fesyen Seperti guru berasal dari Filipina.

Kheny Soliva Berco, berkelulusan ijazah Sarjana Muda dalam Pendidikan Asas, jurusan Pendidikan Awal Kanak-kanak di Universiti St. La Salle.

Semasa latihan, dia menghabiskan masa selama tiga bulan sebagai guru pelajar di St. John Institute, di mana beliau memberi tunjuk ajar kepada si kecil . Ditanya mengapa memilih pendidikan, Kheny memberitahu FHM Filipina bahawa dia ada prinsip “memberi anak-anak muda permulaan yang terbaik dalam kehidupan”.

"Minat seni dan ular"


Beliau menambah, “Saya suka melukis, cat, dan mengitar semula barangan. Kemahiran kreatif membantu saya dalam menyediakan alat bantuan visual dan dengan cara-cara baru untuk mengajar pelajar saya. ”

Ada satu lagi perkara menarik tentang Kheny – ada haiwan peliharaan iaitu ular. Reptilia bertuah itu adalah rakan yang terbaik! Sentiasa berada di sisinya, sama ada dia tidur atau menulis rancangan pelajaran.

“Orang ramai sentiasa pelik kerana bela ular di dalam rumah, tetapi mengapa tidak? Saya suka Damian saya (nama ular) lebih daripada apa-apa di planet ini dan saya rasa dia comel, ” Kheny menambah.

Cikgu berusia 21 tahun itu mempunyai 122,200 pengikut di Facebook dan Instagram 11,200 setakat ini.


No comments

Note: only a member of this blog may post a comment.

Powered by Blogger.