Header Ads

Dah Puas Lakukan Seks, Remaja Buat Cerita Dirogol Pemandu Teksi Yang Tidak Wujud


Semakin bijak dan juga licik menutup perbuatan terkutuk. Seorang remaja perempuan mendakwa dirogol oleh pemandu teksi pada Ahad lalu di Kota Bharu sebenarnya hanyalah satu penipuan.

Memetik laporan Utusan Malaysia, polis menafikan dakwaan remaja tersebut kononnya menjadi mangsa rogol, sedangkan dia yang berusia 15 tahun itu sebenarnya meluangkan masa bersama teman lelaki di Dabong, Kuala Krai pada hari kejadian. 

Malah, remaja perempuan itu mengaku telah berjumpa teman lelakinya berusia 17 tahun dan melakukan hubungan seks secara suka sama suka, menurut Ketua Polis Daerah Kuala Krai, Superintenden Abdullah Roning.

"Tuduhan remaja itu hanya cerita rekaan semata-mata. Kes itu telah dimanipulasikan dan siasatan polis mendapati pemandu teksi seperti yang didakwa sebagai pelaku dalam kes tersebut sebenarnya tidak wujud,” katanya. 

Siasatan lanjut mengenai kes tersebut sedang berjalan.

Untuk rekod, kejadian tersebut telah menjadi viral di sosial mengenai seorang remaja perempuan dikatakan dirogol dan ditinggalkan pemandu teksi di tepi jalan di Tanah Merah

No comments

Note: only a member of this blog may post a comment.

Powered by Blogger.