Header Ads

Demi Untuk Tanggung Kos Rawatan Anak, Ayah Sanggup Pakai Kostum Beruang Cari Dana





Ramai ibu bapa yang sanggup melakukan apa saja untuk kesejahteraan anak mereka. Lelaki ini adalah contoh terbaik. 

Pada minggu lalu, seorang lelaki yang berpakaian kostum beruang dilihat berjalan-jalan di sekitar dataran di sebuah bandar di China. Lelaki tersebut menjual 'pelukan beruang' kepada orang awam dengan harga Rm6.50. 

Lelaki ini dikenali sebagai Feng Kai dan sebab lelaki ini berbuat demikian adalah kerana sedang mencari duit untuk menampung kos perubatan anaknya yang disahkan menhidapi leukemia pada tahun 2015  ketika anaknya berumur setahun. 

Mengikut laporan Shangaiist, Feng Kai yang berumur 25 tahun merupakan seorang mekanik sebelum berhenti kerja untuk menjaga anaknya. 

Kaum keluarga Feng memberitahu kos rawatan anaknya adalah sangat mahal dan mereka tidak mampu untuk menolong. 

Namun ibu bapa mana yang mudah berputus asa tanpa berusaha terlebih dulu? Beberapa tahun ini merupakan keadaan yang sukar bagi Feng dan anaknya. Bil rawatan anaknya telah mencecah sehingga RM250,000!

Feng juga turut meminjam dari sesiapa saja yang sanggup tolong namun tidak cukup untuk menampung kos rawatan. Oleh kerana keadaan terdesak, Feng membuat keputusan untuk menyarung kostum beruang dan menjual "peluk beruang" di tepi jalan, semuanya kerana anaknya. 

Agak menyedihkan pada mulanya tidak ramai yang membeli pelukan tersebut dan hanya memperoleh Rm65 untuk 3 hari pertama. 

Namun dengan kuasa media sosial dan viral, ayah yang penyayang ini mendapat perhatian netizen di China. Ramai yang menderma dan membantu Feng sehingga berjaya mengumpul Rm115,000.

Semoga Feng Kai dan anaknya tidak mudah putus asa! 



No comments

Note: only a member of this blog may post a comment.

Powered by Blogger.