Header Ads

Dengan Hanya RM150 Dua Sahabat Warga Emas Ini Berjaya Keliling Malaysia Guna Moto Kapcai


Dua sahabat warga emas ini masing-masing sudah mencecah usia 65 tahun dan 75 tahun. Namun, ini tidak mematahkan semangat mereka untuk mengembara seluruh Semenanjung Malaysia termasuk Singapura dan Thailand selama 22 hari dengan jarak hampir 3,000 kilometer. 

Dua sahabat ini dikenali sebagai Halim Awang Ngah berusia 65 tahun yang merupakan seorang pesara Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) manakala rakannya Ahmad Yusof, 70 tahun seorang peneroka Felda menyambut pengembaraan mereka dengan penuh syukur. 

Sejak zaman muda mereka memasang niat untuk melakukan pengembaraan dan mereka mempunyai minat yang sama terhadap motor. Tetapi, oleh kerana kesuntukkan masa dengan kerja dan jadual seharian mereka tidak berpeluang untuk melakukan hobi kegemaran mereka. 

Dalam pengembaraan tersebut mereka hanya menggunakan dua buah motosikal kapcai jenis Honda Future 125cc dan Yamaha LC 135cc. Dengan berbekalkan beberapa helai pakaian dan alat ganti motosikal beserta bekalan petrol, mereka tetap bersemangat meneruskan pengembaraan walaupun menghadapi pelbagai rintangan. 

Memetik laporan Harian Metro, perjalanan bermula pada 4 Mac yang lalu dari Selangor melalui Negeri Sembilan, Melaka, Johor, Singapura, Pahang, Terengganu, Kelantan, Thailand, Perlis, Kedah, Pulau Pinang sebelum berakhir di Perak. 

Mereka cuma membawa RM1,500 untuk pengembaraan tersebut dan kos minyak motosikal kira-kira RM150 sepanjang pengembaraan itu. 

"Sepanjang pengembaraan kami menumpang tidur di masjid atau surau dan layanan yang diberikan oleh penduduk di semua destinasi kami pergi sangat baik termasuk ketika berada di Singapura dan Thailand"

"Tidak dinafikan lagi, pengembaraan ini adalah suatu kenangan manis bagi kami. Impian yang telah lama kami simpan akhirnya menjadi kenyataan". 

"Sepanjang perjalanan dalam kembara ini tidak akan kami lupakan antaranya dapat berjumpa dengan sahabat yang terpisah selama 60 tahun di Patani, Thailand dan sambutan penduduk yang begitu mesra mengalukan di setiap masjid dan surau yang kami kunjungi,"

No comments

Note: only a member of this blog may post a comment.

Powered by Blogger.