Header Ads

Detik-Detik Terakhir Seorang Qari Meninggal Dunia Ketika Sedang Membaca Al-Quran Secara Langsung

Nak Isu Viral? Like Page Kami:



Seorang qari yang sedang khusyuk mengalunkan bacaan al-Quran tiba-tiba rebah dan meninggal dunia dalam satu majlis di rumah Menteri Sosial Indonesia, Khofifah Indar Parawansapril lalu, lapor media tempatan.

Memetik laporan Bernama, Ustaz Mohammad Ja’far Abdulrahmad yang berumur 60 tahun rebah secara tiba-tiba sewaktu sedang mengalunkan bacaan al-Quran pada majlis meraikan ulang tahun ke-71 Muslimat Nahdatul Ulama yang diadakan di kediaman Khofifah yang juga Ketua Muslimat parti itu.

Mohammad Ja’far kemudiannya dikejarkan ke hospital berdekatan namun disahkan sudah meninggal dunia. Punca kematian disahkan akibat serangan jantung.


Video kejadian yang dirakamkan itu kemudiannya tular di media sosial.



No comments

Note: only a member of this blog may post a comment.

Powered by Blogger.