Header Ads

Doktor Minta Pesakit Laku Aksi Lucah, Pegang Alat Sulit Untuk Rawat Cirit Birit




Setiap doktor yang bertugas di hospital sama ada swasta mahupun kerajaan haruslah beretika dan berkelakuan professional dalam tugasannya terhadap pesakit yang dirawatinya. 

Berita berikut wajar dipandang serious oleh pihak yang bertanggungjawab dalam usaha membenteras gejala yang menjijikkan itu. 

Terbaru, seorang lelaki berumur 24 tahun mendakwa dirinya diminta oleh seorang doktor untuk melakukan seks oral ketika menerima rawatan di sebuah hospital swasta Isnin akibat cirit-birit.

Memetik laporan The Star, dalam laporan polis yang dibuat di balai polis Merlimau di Jasin, Melaka, mangsa tersebut mendakwa doktor tersebut meminta dia menanggalkan pakaian dari pinggang ke bawah dan kemudian mengeluarkan perkataan tidak senonoh kepada dirinya.

Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan, Pembangunan Sukan dan Anti Dadah negeri, Datuk Ng Choon Koon berkata pesakit turut mendakwa doktor tersebut memegang alat kemaluannya ketika bertanya sama ada dia mempunyai sebarang masalah semasa membuat air kencing.

"Berdasarkan siasatan awal, doktor itu turut mencium pesakit di pipi kiri sebelum memintanya melakukan seks oral."

"Insiden itu didakwa berlaku di sebuah hospital swasta dan saya meminta Jabatan Kesihatan negeri untuk mendapatkan laporan daripada hospital terbabit."

Siasatan masih dijalankan dan versi penuh mengenai apa yang sebenarnya berlaku semasa sesi rawatan itu akan disiapkan dalam masa terdekat ini. 

Dalam perihal ini, sekiranya doktor terbabit didapati bersalah, tindakan sewajarnya akan diambil dan perkara ini perlu diselesaikan dengan adil buat kedua-dua pihak.


No comments

Note: only a member of this blog may post a comment.

Powered by Blogger.