Header Ads

"Dulu Saya Marah Wanita Perampas, Kini Saya Terjebak Dengan Suami Orang"




Sy just nk share pengalaman bercinta dengan suami org dan cara saya selesaikan masalah ni. 

Sy sendiri pun tk sangka sy akan terjebak dlm cinta suami org. Yelah, dulu asyik marah je kwn2 yg sanggup bermadu, at last sy sendiri yg kene. 

So pengajaran pertama, jgn cepat melenting or maki hamun sekiranya ada kwn yg nk bermadu. Cuba guide dia utk selesaikan masalah ni. 

Bila sy bertemu dgn sidia, keadaan sidia waktu tu mmg teruk. Isteri main kayu tiga, kaki clubbing n panas baran. Sy bukannya bodoh nk pecaya bulat2. Sebab kasihankan dia, sy jadi private invistigator and siasat gerak geri isterinya. 

Mmg betul apa yg dia ckp, wife dia mmg subhanallah teruk gila perangai. Pengajaran yg kedua dlm hal ni, jgn percaya bulat2 kalau org citer, pegi siasat dulu.

Bila sy dh dpt bukti semua.. sy serahkan kepada dia utk dia buat tuntutan mahkamah, waktu tu sy tkde perasaan lg kt dia. 

Tiba2 kakak2 dia call sy nk ucap terima kasih, bermulalah relationship kitaorg berkat restu family dia. Walaupun waktu tu dia tk cerai lg. Sy waktu tu punyalah tk fikir langsung anak2 dia masih kecil. 

Just ingat kehadiran kita ni bole menyembuh luka dia.. bole buat dia happy. Tp sy silap, sy tk fikir penerimaan anak2nya yg masih perlukan family yg sempurna. Walaupun ibu mereka mcmtu.. tetap seorang ibu. Sy dimaki hamun oleh anak sulungnya. 

Sejak dari hari tu, sy mula dekatkan diri kpd Allah dan mohon pertunjuk. Pengajaran ketiga kt sini, jgn cepat rasa happy kalau family dia bagi restu. Fikir sedalamnya sebelum nk jadi ibu tiri.

Byk kali sy istikarah, sy dpt rasakan perasaan sy utk selamatkan perkahwinan dia adalah yg terbaik berbanding hanya fikir perasaan sendiri. 

Sy tau dia dh tk sayang wife dia. Tp demi anak2 dia, sy kene kuat. Pengajaran keempat dlm hal ni, istikarah adalah jalan yg terbaik. Jgn ikut hati

Apa yg sy buat? Haha.. sy guna psikologi. Mmg sy still ada affair ngn dia. So sy nk wife dia insaf n fikir apa yg dia buat adalah satu kesalahan. 

Sy cuba dekatkan wife dia dgn masjid. Caranya? Sy ajak husband dia berjumpa dkt masjid setiap kali maghrib dan isyak. Bila wife dia dpt tahu, wife dia ikut. Sbb takut husbandnya dtg jumpa sy. 

So nk tak nk, wife dia terpaksa berjemaah di masjid gara2 takut sy ada kt situ. Cara yg kedua, sy ajak husband dia pegi melawat kubur arwah parents dia. 

Wife dia tk penah skali pun jejak kubur.. and now, every week ikut husband kesana kerana takut sy ada disana. Now.. melawat kubur tu dh menjadi amalan dorg sekeluarga. 

Alhamdulillah wife nya dh pakai tudung and tidak lg keluar malam. Pengajaran kelima, jika kita sygkan org tu, berikanlah dia kebahagiaan bersama anak2nya. Jgn kita selfish and cuba selamatkan rumahtangganya selagi boleh. 

Sy tahu sy sakit, kerana sy sayangkan dia. And dia jugak sayangkan sy. Dia hanya pandang sy dari jauh.. kerana dia tidak dpt peluang langsung utk dekati sy kerana wifenya kini seperti belangkas kehulu kehilir bersama. At least sy tinggalkan yg terbaik utk mereka. Sy harap wifenya istiqamah dan berubah kerana Allah.

Buat puan AA.. sy tau puan suka baca kisah rumah tangga sini. Sy cuma nk nasihatkan hargai lah suami puan, dia ada segalanya.. harta benda dan kebaikan.

Jgn abaikan dia, kerana kalau puan berjaya singkirkan sy sekalipun, ada lg wanita lain yg akan cuba dekatinya. But ingat ye puan, sekiranya suami puan kembali kepada sy kerana kejahatan puan, sy akan kahwini dia so jaga suami baik2. 

Tk semua perempuan akan faham perempuan. No hate just love.. bye


No comments

Note: only a member of this blog may post a comment.

Powered by Blogger.