Header Ads

Gadis Ini Jual Dara Sehingga RM11 Juta Untuk Bantu Ibu Bapa Dan Tampung Pengajian




Seorang remaja yang dikenali sebagai Khefren mendakwa sudah menjual daranya kepada ahli perniagaan Hong Kong dengan harga £2 juta (RM11 juta) tahun lalu, walaupun ibu bapanya mengancam tidak akan mengaku dia sebagai anak jika meneruskan niatnya itu.

Memetik laporan Daily Mail, remaja yang merupakan seorang model pakaian dalam dari Bucharest memaklumkan urusan penjualan daranya itu diuruskan oleh Cinderella Escorts iaitu laman web berpangkalan di Jerman yang mengambil komisyen 20 peratus daripada £2 juta itu.

“Lebih baik saya menjual dara melalui Cinderella Escorts daripada memberinya ‘percuma’ kepada teman yang kemudian saya ditinggalkan. Saya rasa ramai perempuan berfikiran seperti saya."

Menurut agensi itu, sejak Khefren mengumumkan secara terbuka mahu menjual daranya lebih 300 anak dara menghubungi mereka.

Ibu bapanya yang kemudian mengetahui perkara itu menjadi berang dan merayu agar dia tidak meneruskan hasratnya. Meski diancam bapanya, Toni, seorang anggota polis dan ibunya untuk tidak mengakui remaja itu anak mereka, Khefren tetap berkeras.

Khefren mendakwa berbuat demikian bagi mendapatkan wang selepas keluarganya bakal kehilangan rumah dan membiayai pengajiannya di Universiti Oxford.


No comments

Note: only a member of this blog may post a comment.

Powered by Blogger.