Header Ads

"Gadis Yang Aku Cintai Rupanya Tunangan Orang"




Hajat seorang lelaki ingin menjadikan wanita yang dikenali sebagai isteri tidak kesampaian apabila mengetahui wanita tersebut sebenarnya adalah tunang orang. Namun walaupun sudah terkantoi, wanita tersebut masih menafikan dan berpura ianya cuma lakonan semata-mata. 

Kisah ini dimuat naik oleh seorang netizen Jebat Hj Ali. Mari ikuti kisah beliau yang agak tragis ini. 

Aku start approach dia 22/1/2017 . Dari situ aku dah bebetul straight to the point aku cakap aku nak serious dgn dia . After that aku tanya dia memang betul takde orang lain ? Memang betul takde sape yg tunggu ? Memang betul I bukan merampas hak orang ? Then dia cakap ya dia bukan milik sesiapa . 

Sepanjang dari date 22/1/2017 sampai date 27/3/2017 macam macam benda aku hadap . Kene block dkt ig , kene block dkt ws sebab aku memang suspect dia ni macam something wrong . Tak bagi aku up gambar dengan dia , tak bagi aku tag dia dekat mana mana , tak bagi aku follow dia dekat first ig dia (dia ada dua ig , dia cakap dgn aku first ig dia dia dah tak pakai and then dia created second ig and aku follow ig tu but tu pon tak lama sebab lepas dia block aku masa still dlm relay, dia unblock and tak approve aku punya req . Dua dua ig dia private) . 

Yg lagi suspicious aku tak dibenarkan langsung pegang hp dia walhal hp aku sampai ke dm isnta , chat ws semua dia pakai tabo je bukak . It's okay even benda tu privacy aku tapi aku buat dono pasal aku memang takde sorok apa apa dgn dia . Tapi aku nak tgok hp dia sampai aku bertekak terok dgn dia . Then 2 hari lepas yg kuasa dah start nak bukak mata aku . 

Kawan aku yg aku sumpah tak suruh follow pon dua dia ig dia p follow ig dia and dia tunjuk kat aku semua . Dia tunjuk dekat aku semua yg jadi kat dalam ig yg dia kata dia dah tak pakai lagi ig tu . Aku pon macam speechless lepas tengok apa yg jadi . Tengok segala htag dia , gambar gambar yg dia post .

 Dan yg paling aku macam wow ! is malam aku celebrate besday dia siap candlelight dinner dgn bouquet cokelat aku bagi kat dia , aku ingat benda tu dah cukup buat dia impress , rupanya siang tu dah ada man (nama samaran tunang dia yg aku pakai tabo) yg bagi dia cincin tanda approach dia nak ajak tunang (aku rasa dia dgn man ni da lama ada relay pasal aku tgok ig dia yg first muka si man ni dah ada scene 2016 , dia cakap dgn aku man ni kawan masa dia dkt uitm) . 

Bukan dia je wow ! Aku pon wow cuma aku ter wow lambat je . Tapi semua tu aku tak tahu sampai lah kelmarin . Yg lagi aku rasa macam nak hempok kepala kat dinding is date dia tunang tu . 18/3/2017 . Aku dgn dia still dalam relay weh . Hahahaha . 17/1/2017 malam tu aku perang terok dgn dia sebab aku suspect dia nak pergi genting dgn kawan dia tapi dia cakap dgn aku dia nak balik KL ikot family dia pasal ada kerja kawen .

But then aku percaya yg dia pergi KL . Aku percaya tapi benda tu tak betul pon . Dia balik kg weh pasal 18 ke 19/3 tu dia tunang . Tapi aku tak tahu pon masatu . Then 19/3 malam tu dia balik aku pon macam takde apa ajak p tengok movie , makan pastu hantar dia balik . 

Masa tu aku dah perasan dia pakai cincin yg sebijik dlm gambar tu tapi aku tak suspect pasal before this dia ada pakai cincin and bila aku tanya dia kata 'ni buat sarong dkt tudung' . Aku pon okay jek lah . Then malam semalam 29/3/2017 lepas aku dah tengok semua yg jadi dkt ig tu aku ajak dia jumpa (dia tak tahu aku dah tengok semuanya) and dia pon on je . 

Siap request nak makan kepci macam takde apa yg berlaku . Pastu dia turun masuk kete , aku diam , gosok gosok dahi , dia tanya kenapaa . Aku tak banyak cakap terus tunjuk gambar yg dia selfie dlm kereta dgn si man tu and aku tanya 'dia siapa?' Dia cakap 'Ya Allah you gambar ni dah lama lah' , aku beta '6/2/2017 masa kita dalam relay lagi you cakap dah lama ? 

I kemain teguh dgr cakap you i tak upload gambar kita sama sama tapi you boleh up gambar dgn htah sweet dgn laki lain . I ni apa ?' Dia jawab lagi 'sebab nilah i tak bagi you follow ig i tengok semua yg ada . Sebab nanti you fikir bukan2' . Aku terus 'supp' macam hilang jap lepas dia cakap macam tu . 

Kaki dekat pedal clutch terasa ringan je nak di angkat untuk terbang tanpa rasa melekit . Tapi aku tahan . Tak banyak cakap aku terus tunjuk lak gambar dia tunang . Yg ni kalau aku story kompom korang kalau jumpa minah ni tak banyak cerita mesti terus shoot punya . Kau tah dia cakap apa ? 'Tu semua lakonan you . 

I dah cakap dgn you kan yg dulu I pernah tunang . Tu semua gambar lama , I upload balik je . Kan I dah cakap dgn you I nak tengok siapa orang orang yg buli I musuh dgn I masa dekat kolej dulu rasa apa sekarang lepas tengok kejayaan I' . Aku macam wow ! Aku dalam drama sekarang ni ! Lepas tu aku tanya lagi ' kenapa pilih mamat tu bukan i sebagai pelakon cerita you ? I ni siapa ? Kenapa mamat tu? ' . 

Korang tahu dia jawab apa ? 'Dia je yg paham i layan kepala i . Dia pon dulu kene apa yg i kena . Dia dah rapat dgn family i sebab tu i pilih dia nak buat benda ni . Sebab tulah i tak kasi you tngok ig i pgang hp i sebab nanti you sakit hati dgn plan i . Ehh i kalau ada laki pon laki i i tak peraya lah' aku caras 'habis mamat tu asal you percaya?' Dia jawab 'kan i dah cakap dia je yg paham i tahu kepala i macam mana . 

Berapa kali i nak cakap hahhh adoi aku marah betul lah!!' Dia tengking gua macam anak kucing bhai. Aku tanya pastu 'habis lets say lepas ni kita tunang , you tak fikir apa orang cakap lepas tengok gambar ni yg you dah tunang ?' Dia selamba jawab 'halaa macam sebelum ni i tak pernah tunang ekh . Delete je lah apa susah' . Tafakkk . Hahahaha . Pastu aku dah penat borak aku diam , dia cakap 'ada pape lagi tak you nak cakap , i nak naik ni . 

I dah panas dah ni dgn mengantok lagi ni . You kalau nak dengar apa orang orang tu cakap , you nak percaya gambar gambar tu semua tu you punya pasal . I dah explain sampai penat yg tu semua belakon sbb i nak balas dendam dkat budak budak kolej yg selalu buli I dulu . You nak percaya percaya tanak percaya dah . 

I nak naik i nak tdo' aku caras cakap dia ' i tak dpt jawapan sebenar asal lakonan ni dibuat tanpa pengatahuan i and you jgn blame i kalau i tak boleh percaya benda ni semua lakonan' dia potong cakap aku terus cakap ' so you percaya lah dgn semua tu and tak percaya apa i cakap? You nak sangatkan relay ni stop so its up to you . Dah i nak naik bye !' Dia terus keluar kereta sambil dia keluar tu aku sempat sounds 'kawen nanti jgn lupa jemput . Thanks *** *******' . 

Lepas tu aku terus g kedai nak shisha , story kat kak syu bancik elly pe semua and then dgn kehebatan orang perempuan bila stalk , aku pon jumpa lah gambar yg berlaku siang 14/3/2017 sebelum aku bwk dia g candlelight dinner and aku nak tanya logik ke kalau dia kata semua ni lakonan mantap dia dgn si man tu ?. Ni bukan cerita orang yg viral kat siakap keli , masuk dekat blog2 famous . 

Ni cerita aku sendiri yg aku alami sepanjang hampir 3 bulan aku dgn dia . Mana yg tahu siapa dia jgn lah dihebah siapa namanya . Jaga aib dia . Yg lastu agak sadis gak ahh pasal dah beli tiket fast 8 nak tengok dgn dia . Now siapa nak tikett ??? Ada satu available ni..


No comments

Note: only a member of this blog may post a comment.

Powered by Blogger.